Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Nasi Sudah Menjadi Bubur, by Vanessa
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak Vanessa
Title:Nasi Sudah Menjadi Bubur
2013-10-27 13:33
    Aku seorang yang bijak,rajin dan petah berkata-kata.Malah,pada tahun ini aku akan menghadapi peperiksaan yang penting iaitu PMR.Namun begitu, aku tidak gentar.Aku belajar bersungguh-sungguh dan menuruti nasihat kedua-dua orang tuaku.  
    Pada suatu hari,aku terdengar kedua-dua orang tuaku berbincang tentang pertukaran sekolahku.Aku bagai orang yang mati akal apabila mendengar perbincangan orang tuaku.Aku menangis teresak-esak lalu masuk ke dalam bilikku.  
    Hari yang    ditunggu-tunggu kian tiba.Pertukaran sekolahku sudah pun hampir selesai.Aku akan berpindah ke SMK Gombak,Pertaling Jaya.Aku menangis teresak-esak ketika meninggalkan sahabat-sahabatku.  
    Sudah dua hari aku berada di SMK Gombak,Pertaling Jaya.Kini aku telah mendapat ramai rakan.Antaranya,Aeril,Danial dan Safuan.Mereka sangat rapat padaku semenjak hari pertamaku bersekolah.  
     Suatu hari, mereka mengajak aku ponteng sekolah.Aku enggan menuruti permintaan mereka.Namun begitu,aku menjadi semakin seronok apabila mereka menyuruhku mencuba sesuatu yang bakal memusnahkan masa depanku iaitu dadah dan pil estasi.  
     Ketidakhadiran aku sekolah sudah menjadi bualan guru-guru di sekolah.Malah mereka telah melaporkan ke ibu bapaku.Mereka sangat kecewa terhadapaku.Namun begitu,aku tetap tidak menghiraukan bagai masuk telinga kanan,keluar telinga kiri kerana bagiku nasihat mereka bagai mencurahkan air ke daun keladi.  
     Suatu hari,ketika sedang menagih dadah bersama sahabat-sahabatku,tempat kami telah diserbu oleh pihak polis.Aku,Danial,Aeril,Dan Safuan telah dibawa ke Pusat Tahanan Pelajar Juvana di Bandar Sri Gombak.  
     Kini,aku berasa sangat menyesal.Namun begitu,sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna dan nasi sudah menjadi bubur.Aku kini meneruskan kehidupanku selama tiga tahun bersama sahabat-sahabatku di Pusat Tahanan Pelajar Juvana.  
    
 

Sarah, (2014-04-21 23:34)
Karangan yang amat bagus
 
peribahas master, (2014-04-06 00:29)
nothing wat i can say :b
 
Nana, (2013-11-18 00:27)
Good karangan awak,,,
 
Jessica, (2013-11-06 20:09)
Bagus karangan kamu...suka saya baca...love you...muah
 
shasa, (2013-11-06 13:31)
best jugak cerita ni
 
Submit a comment:

Name