Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman Bercuti di Pulau Pangkor, by Pan Soon Yik
Contoh Karangan UPSR
Name:Terengganu Pan Soon Yik
Title:Pengalaman Bercuti di Pulau Pangkor
2013-08-12 19:56
         Pengalaman Bercuti di Pulau Pangkor  
            Pada cuti persekolahan yang lalu saya dan keluarga telah bercuti di Pulau Pangkor, Perak. Kami ke sana dengan menaiki kereta Naza yang dipandu oleh ayah saya. Kami ke sana kerana ingin bercuti di samping ingin merapatkan hubungan kekeluargaan.  
            Sebelum pergi kami telah membuat persediaan yang rapi. Ibu menyiapkan bekalan makanan dan pakaian kami. Manakala    ayah pula sibuk memeriksa kereta supaya dapat dibawa dengan selamat. Akhirnya kami sekeluarga mula bertolak seawal jam 7.00 pagi.  
             Kami tiba di Jeti Lumut pada jam 8.30pagi. Kami menaiki feri untuk ke Pulau Pangkor. Suasana di tempat tersebut sangat meriah kerana banyak orang    membawa keluarga masing-masing. Kami tiba di Jeti Pulau Pangkor selepas 35 minit kemuadian. Kemudian kami menaiki teksi ke tempat penginapan, iaitu Coral Bay Resort. Selepas mendaftar masuk, kami menolong ibu dan ayah mengeluarkan barang -barang percutian.  
         Kemudian, kami terus pergi ke pantai. Di pantai    kami bermain ‘Banana Boat’ dan ‘Big Mable Water Tube’. Saya berasa sangat gembira    kerana dapat merasai keseronokan permainan ini. Sebelum ini saya hanya melihat permainan tersebut di dalam internet sahaja.  
            Selepas itu, kami menaiki bot laju untuk mengelilingi pulau dan melihat pemandangan di sekitar pulau tersebut. Pulau Pangkor adalah antara 10 pulau tercantik di dunia. Saya sungguh terpegun apabila melihat batu-batu yang unik di situ. Ada    batu yang berbentuk kepala buaya , ada yang berbentuk ikan paus dan ada yang berbentuk seekor penyu. Keunikan batu besar ini telah menjadi tarikan perlancong ke Pulau Pangkor.  
            Seterusnya, kami pergi bersnokel di dalam laut. Semasa bersnokel kami dapat melihat pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni dan terumbu karang yang cantik. Setelah penat bersnokel, kira-kira pukul 1:00 tengah hari kami    balik ke pantai untuk makan tengah hari. Kami    makan tengah hari di sebuah restoran makanan laut. Kami makan nasi berlaukkan    ikan, udang, ketam dan sotong. Selepas makan, kami berehat di hotel.  
Pada petangnya, iaitu pada pukul 4:00 petang sekali lagi    kami turun ke pantai . Kali ini kami    bermain jet ski dan berkayak.    Perasan saya sangat gembira kerana ini merupakan pengalaman pertama saya bermain permainan tersebut. Sementara kami bermain, ayah saya mengambil gambar semua aktiviti yang kami lakukan.  
Setelah penat bermain di laut kami pulang ke tempat penginapan dan bersiap untuk makan malam. Pada malam tersebut kami berbarbeku makanan laut sambil menikmati keindahan cahaya bulan. Kami memanggang ikan, udang dan sotong.    Kira-kira pukul 11:00 malam kami barulah kami masuk tidur.  
                 Keesokannya, pagi-pagi lagi kami bangun dan bersiap-siap untuk pulang. Kami menaiki feri sekali lagi untuk ke Jeti Lumut. Kami sampai di rumah pada pukul 10:00 pagi.    Walaupun masih penat kami berasa sangat gembira dan seronok. Saya berharap pada cuti persekolahan pada tahun depan saya dapat bercuti di tempat lain pula.  

 

Saarwin Sivakumaran, (2019-05-10 00:34)
Saya suka untuk membaca
 
CUTE BABY, (2019-04-16 13:10)
NICE....PERFECT
 
Nur, (2019-04-14 00:28)
It is amazing. Is the prefect  

 
Fiqaaa, (2018-08-26 16:56)
Nice
 
Dieha, (2018-08-17 01:23)
Wow perfect 👌
 
Dieha, (2018-08-17 01:23)
Wow perfect 👌
 
Dieha, (2018-08-17 01:23)
Wow perfect 👌
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name