Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kebaikkan dan Keburukan Internet, by Nor Natasha
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Nor Natasha
Title:Kebaikkan dan Keburukan Internet
2013-08-10 16:26
        Internet merupakan sistem komunikasi yang menyampaikan maklumat dari seluruh dunia.Sistem ini boleh diperoleh melalui komputer yang disambungkan menerusi talian telefon.  
        Melalui Internet,kita boleh menerima maklumat dengan cepat.Apa sahaja yang berlaku di luar negara,dengan menekan klik,kita mengetahui berita tersebut.Kesannya,minda kita akan sentiasa terbuka,tidak seperti katak bawah tempurung.  
        Sebagai murid yang dahagakan ilmu pengetahuan,kita boleh mendalami sesuatu perkara menerusi Internet.Kita memang boleh merujuk buku,tetapi memakan masa.Internet dapat memberi maklumat dengan cepat dan jelas.  
        Namun begitu,Internet juga membawa keburukkan seperti membuang masa.Sesetengah daripada kita sanggup menghabiskan masa berjam-jam di depan skrin komputer.Keseronokkan melayari Internet sehinggakan lupa latihan yang guru suruh.  
        Bagi mereka yang bersikap negatif,akan melayari cerita yang berunsur lucah.Mereka seakan-akan lupa,gambar yang mendedahkan aurat haram ditonton dan bertentangan dengan budaya kita.Jika tidak diawasi,akan berlaku gejala negatif.  
        Kesimpulannya,Internet amat berfaedah kepada kita.Namun,jika kita bersikap pekak badak,dengan tidak mendengar nasihat orang yang lebih dewasa,kita juga akan ditimpa kerugian.
 

myronne, (2013-08-18 15:29)
karangan ini sangat baik
 
marina , (2013-08-13 15:03)
macam orng dewasa punye karangan  

 
Submit a comment:

Name