Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kejayaan Seseorang Murid Banyak Bergantung pada Sikap, by Nur Aya Balqis
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Nur Aya Balqis
Title:Kejayaan Seseorang Murid Banyak Bergantung pada Sikap
2013-08-06 01:23
     Sembilan puluh peratus kejayaan seorang murid itu banyak bergantung pada sikap. Manakala, bakinya bergantung pada kecerdasan dan persekitaran. Perangkaan ini memperlibatkan betapa perlunya kita bersikap positif untuk mencapai kejayaan.  
     Kita perlu menguruskan masa dengan baik. Kita perlu membahagikan masa untuk belajar dan bermain. Penjadualan masa amat penting bagi seseorang yang aktif dalam kokurikulum agar tidak mengabaikan pelajaran.  
     Murid yang cemerlang biasanya mempunyai keperibadian yang terpuji. Mereka akan menunjukkan sikap berbudi bahasa dan homat-menghormati. Dalam kalangan rakan, mereka sering membantu rakan yang lemah dalam pelajaran.  
     Murid cemerlang juga mudah menerima nasihat. Peraturan sekolah tidak sesekali dilanggar, sebaliknya akan diikuti. Didikan membiasakan mereka mendisiplinkan diri.  
     Golongan ini juga tidak mudah putus asa. Mereka sedar, jika memiliki otak udang, memerlukan keyakinan yang kuat dalam diri.Mereka sedar bahawa kerajinan dan usaha menentukan kejayaan, lantaran itu mereka terus belajar tanpa jemu.  
     Berdasarkan semua keterangan tersebut, kita wajar bersikap positif jika ingin berjaya. Pencapaian kita yang lalu juga sebagai pendorong kepada pencapaian hari-hari mendorong. Tanamkan dalam diri bahawa kita boleh berjaya.
 

Azril , (2014-07-18 01:44)
Fdghdfh
 
, (2014-02-10 22:40)
saya mahu membuat karangan tersebut?mengikuti tajuk 1MURID 1SUKAN
 
Nur Alyanna Nadia Bt.Mat Nasir, (2014-02-10 22:39)
nama saya nur alyanna nadia dari SK CONVENT KAJANG.saya mahu bercakap pasal karangan yang ditulis oleh Nur Aya Balqis.Kalau saya mahu menulis
 
Submit a comment:

Name