Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kebaikan dan Keburukan Menonton Televisyen, by Shafiza Annur binti Sahbahrin
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Shafiza Annur binti Sahbahrin
Title:Kebaikan dan Keburukan Menonton Televisyen
2013-08-03 22:05
        Televisyen merupakan salah satu alat media elektronik yang menjadi pilihan ramai termasuk para murid . Hal ini demikian , televisyen berteraskan teknologi "pandang-dengar" .  
        Sesungguhnya , televisyen memaparkan hiburan sensasi dalam pelbagai bentuk . Antaranya nyanyian , tayangan filem , serta rancangan kartun . Unsur hiburan seperti itu amat penting bagi meredakan ketegangan emosi dan minda murid .  
        Selain itu , televisyen memuatkan rancangan berunsurkan pendidikan . Rancangan ini termasuk siaran Televisyen Pendidikan , filem rencana , serta program agama . Penampilan melalui televisyen bukan sahaja menarik malahan lebih berkesan kepada murid .  
        Namun begitu , televisyen juga memaparkan aksi-aksi serta unsur budaya kuning . Aksi dah cara hidup yang bertentangan dengan adat kesopanan kita mudah ditiru oleh murid . Akibatnya wujudlah pelbagai gejala negatif yang meruntuhkan moral murid kita .  
        Keasyikan menonton televisyen juga boleh merosakan kesihatan murid . Mereka akan cepat berasa letih , mengantuk    dan kurang bermaya kerana menonton sehingga larut malam . Menonton secara berlebihan juga boleh merosakan penglihatan . Natijahnya , prestai pembelajaran murid akan terganggu dan merosot sehingga mendadak .  
        Oleh itu , para murid harus bijak memilih siaran untuk ditonton . Ibu bapa pula perlu tegas mengehadkan masa menonton untuk anak-anak yang masih bersekolah . Hal ini penting demi kesejahteraan para murid yang masih mentah dan memerlukan bimbingan .
 

Surie , (2013-08-03 22:07)
bagus (Y)
 
Submit a comment:

Name