Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, by Crystal leow lee ying 1wawasan1 Smk Puteri Wangsa
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Crystal leow lee ying 1wawasan1 Smk Puteri Wangsa
Title:Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
2013-07-31 20:12
            Pada cuti sekolah yang lalu, aku telah pulang ke kampung di Negeri Sembilan bersama-sama keluarga. Sebaik tiba di kampung, aku mula berpakat dengan sepupu-sepupuku, Atan dan Usap untuk memancing ikan di Sungai Jelai.  
 
"Jangan main sungai. Bahaya. Hujan lebat semalam. Arus sungai deras," pesan nenekku.  
 
            Bagaimanapun ketika ibu dan ayah berbual dengan nenek di dapur, aku, Atan dan Usop meneruskan rancangan kami memancing di sungai itu.  
          
            Setelah beberapa minit mencampakkan mata kail ke dalam sungai, Atan dapat memancing seekor ikan yang besar. Atan berasa sangat gembira. Setelah memasang mata kail yang baharu pada jorannya, Atan mencampakkan pancingnya kembali ke dalam sungai.  
 
            Tiba-tiba Atan tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Atan menjerit meminta tolong. Aku dan Usop cuba mencapai tangannya tetapi gagal kerana arus sungai agak deras. Aku lihat Atan cuba berenang untuk menyelamatkan diri tetapi terus dibawa arus. Tangannya terkapai-kapai dalam air.  
 
            Aku menjerit meminta tolong. Usop pula berlari pulang untuk memberitahu penduduk kampung. Tidak lama kemudian, penduduk kampung datang bersama-sama ibu dan ayah kami. Beberapa orang penduduk berenang ke dalam sungai untuk mencari Atan, tetapi gagal. Aku dan Usop menangis teresak-esak. Lebih kurang tiga jam kemudian, anggota bomba dan penyelamat yang datang menemui mayat Atan tersangkut pada akar pokok. Mayatnya kemudian dibawa ke hospital.  
 
         Aku amat menyesal kerana tidak mendengar nasihat nenekku. Bagaimanapun, penyesalanku sudah tidak ada gunanya kerana "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna."
 

Submit a comment:

Name