Welcome!

Contoh Karangan UPSR: nasi sudah menjadi bubur, by shasha faqihah
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka shasha faqihah
Title:nasi sudah menjadi bubur
2013-07-31 00:43
    "nasi sudah menjai bubur". aku mengeluh,"jika aku mendengar akan nasihat ibu, pasti aku tidak akan menjadi begini". peristiwa itu masih segar dalam ingatanku. aku cuba untuk melupakannya tetapi tidak berjaya.  
 
    Pada ketika itu,ibu bapaku dan orang kampung    sedang sibuk membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri    yang akan menjelang tidak lama lagi. pada malam itu,ibu bapaku hendak pergi ke masjid dan meminta tolong aku untuk menjaga rumah. aku hanya mengangguk tetapi dalam fikiranku sudah terancang perkara lain.  
 
    Secara senyap,aku keluar dari rumah dan menuju ke rumah rakanku,Hairul. sesampainya aku di sana, aku telihat Hairul sedang bermain mercun dengan rakan-rakanku yang lain. Sebenarnya, sudah lama terpendam dalam hatiku hasrat untuk bermain mercun bersama rakan-rakanku.  
 
    Sedang aku menyuluh api ke tali mercun,tidakku sangka bahawa mercun yang aku pegang itu akan meletup. aku menangis dan meraung kesakitan. rakanku yang lain juga cemas. mereka menjerit meminta tolong.  
 
    Mujurlah Encik Musa, jiran Hairul,terdengar jeritan meminta tolong dari rakanku. dia langsung berlari kearahku dan membawaku ke hospital untuk menerima rawatan. ibu Hairul menelefon ibu bapaku untuk memberitahu perkara yang sedang berlaku.  
 
    Walau aku menangis    mengeluarkan air mata darah sekalipun,keadaanku tetap tidak akan berubah. Nasi sudah menjadi bubur. jari-jemariku tidak akan tumbuh lagi. inilah balasan terhadap kedegilanku yang mengabaikan nasihat ibuku.
 

jefri yan, (2014-02-06 01:52)
lu bapak ..ya allah lu ni suka sangat gaduh ah ?????  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
from :P.P
 
handsome , (2014-02-06 01:41)
i will try to do
 
, (2013-10-14 16:27)
bagus  

 
Submit a comment:

Name