Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan, by JENNYSHEA JAZEERA
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah JENNYSHEA JAZEERA
Title:Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan
2013-07-27 00:38
Peribahasa "di mana ada kemahuan,di situ ada jalan" bermaksud jika kita mahu melakukan sesuatu,walau bagaimana sukar sekalipun perkerjaan itu,kita perlu berusaha untuk melaksanakanya.  
Peribahasa ini sinonim dengan peribahasa "hendak seribu daya tak nak seribu dalih".Contohnya ,jika seseorang itu mahu sesuatu maka dia perlu berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya.  
Sebagai contoh peribahasa ini dapat dikaitkan dengan kesungguhan seseorang murid yang gagal dalam suatu peperiksaan.Murid itu perlu berusaha dengan lebih gigih dan tabah untuk mengharungi cabaran tersebut.  
Kegagalan pada masa lalu dapat dijadikan penggerak untuk menuju puncak kejayaan yang lebih cemerlang.Oleh itu,kita tidak seharusnya cepat berputus asa apabila menghadapi sesuatu kegagalan.  
Sehubungan itu,seseorang yang benar benar mahu menebus sesuatu kegagalan akan melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar sama ada dalam bidang pendidikan mahupun pekerjaan.  
Kesimpulannya,peribasa "di mana ada kemahuan,di situ ada jaln" mampu mengingatkan kita bahawa sesuatu pekerjaan atau pembelajaran yang sukar akan berhasil jika dilakukan bersungguh sungguh.
 

Submit a comment:

Name