Welcome!

Contoh Karangan UPSR: ' Nasi sudah menjadi bubur ', by Muhammad Addam
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah Muhammad Addam
Title:' Nasi sudah menjadi bubur '
2013-07-20 22:40
     Tangisan air mata darah sekalipun tidak mampu mengubah nasib dirinya. Dia hanya merenung kertas putih yang tertulis keputusan pemeriksaan darah diterima daripada doktor. Kini, sahlah dirinya menghidap penyakit yang tiada ubat iaitu HIV. Saat itulah dia mula terkenang nasihat daripada ibu bapanya ketika dia alpa menikmati keseronokan pada zaman remajanya itu.  
     Ramli merupakan anak tunggal kepada Datuk Zainal dan Datin Rusiah. Sebagai anak emas, dia dimanjakan dengan kemewahan harta benda. Datuk Zainal dan Datin Rusiah jarang berada di rumah kerana sibuk berkerja sehingga Ramli ditinggalkan di rumah sendirian tanpa adik - beradik untuk berkongsi masalah. Rompong kosong hati nya mula terisi dengan rakan- rakan sebayanya di sekolah.  
     Walaubagaimanapun, rakan - rakanya itu tergolong dalam kalangan pelajar yang bermasalah di sekolah. Rakan - rakan Ramli mencabar Ramli untuk ponteng sekolah dan merokok. Jikalau Ramli menolang Ramli dikira budak pengecut dalam kalangan rakan- rakannya itu. Dia terpengaruh dengan gejala negatif rakan- rakannya. Lebih- lebih lagi, dia cukup disenangi oleh rakan- rakan disebabkan dengan kemewahan ibu bapanya. Tidak cukup dengan itu, dia terdorong ke arah kancah najis dadah.  
     Kegiatan ponteng sekolahnya dapt dihidu oleh pihak sekolah. Telah beberapa kali dia diberkas oleh pihak polis kerana gejala dadah, namun Ramli enggan insaf. Hampir- hampir Ramli hendak di buang sekolah kerana telah memburukkan nama sekolah dengan gejala buruknya itu. Pihak sekolah enggan membuangnya dari sekolah kerana terpengaruh ibu bapa Ramli sebagai orang kenamaan menyebabkan dia sering terlepas daripada berat itu. Hatinya sudah tertutup untuk menerima nasihat ibu bapanya. Bagi Ramli nasihat ibu bapanya ialah satu leteran yang tidak membawa apa- apa makna.  
     Semakin hari semakin menjadi-jadi perangai Ramli di rumah dan di sekolah. Dia sering pulang lewat kerana berpeleseran dengan rakan-rakannya. Kadang- kala, dia tidak pulang ke rumah dengan alasan tinggal di rumah rakan-rakannya. Dia mula menggambil dadah jenis ganja setelah muak dengan pil-pil khayal. Ternyata, penagihannya menjadi ledih kronik disebabkan pengambilan secara berlebihan. Sebagai akibatnya, Ramli dihalau oleh ibu bapanya kerana sikapnya yang tidak mahu berubah. Sejak dari itu, kihidupannya mula tidak teratur dan terhimpit kerana tidak mempunyai termpat bergandung lagi.  
     Dia mula mencuri untuk menampung keperluannya untuk membeli dadah. Malang sekali, dia diberkas oleh pihak polis lalu dihantar ke pusat serenti. Di sana, dia telah dipariksa secara rapi dan teliti oleh pakar perubatan. Dia sahkan menhidap HIV positif. Sayangnya sudah terlambat untuk menginsafi segala perbuatannya, bak kata pepatah ' Nasi sudah menjadi bubur ' segalanya sudah berubah dan tidak akan berulang lagi.
 

Secret admirer, (2013-08-08 02:10)
Panjangnya karangan ni. Tapi bagus.
 
Submit a comment:

Name