Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: Ucapan perpisahan guru, by RAVINDRAN A/L MUNIANDY
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak RAVINDRAN A/L MUNIANDY
Title:Ucapan perpisahan guru
2013-07-12 20:26
Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis. Yang berusaha Encik Raju Guru Besar SJK(T) Pangkor, Encik Ali yang diraikan. Guru-guru serta rakan pelajar sekalian. Salam Sejahtera saya ucapkan.  
Sepertimana yang kita sedia maklum, pada pagi yang mulia ini kita berkumpul di sini untuk meraikan Cikgu Ali yang berpindah ke sekolah baharu. Cikgu Ali    merupakan seorang guru yang berdedikasi. Sumbangan beliau terhadap sekolah ini amat bermakna.  
Hadirin sekalian,  
Cikgu Ali mula berkhidmat di sekolah ini dari tahun 2002, Sekolah kita merupakan sekolah yang kedua beliau berkhidmat. Sebelum ini beliau bekerja di SJK(T) Maha Ganesa. Mulai minggu depan beliau akan berkhidmat di SJK(T) Pundut sebagai Guru Kanan Pentadbiran.  
Cikgu Ali juga merupakan guru Bahasa Melayu kelas kami. Kami sangat tertarik dengan pengajaran cikgu Ali. Beliau juga merupakan guru yang tegas tetapi pemurah. Keputusan UPSR sejak kebelakangan ini amat cemerlang terutamanya subjek Bahasa Melayu yang diajar oleh cikgu Ali.  
Guru-guru dan murid-murid,  
Cikgu Ali juga merupakan jurulatih bola baling sekolah kita. Pasukan yang beliau latih pernah menjuarai pertandingan bola baling peringkat negeri pada tahun 2011. Dua orang pelajar kita juga mewakili negeri ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan bola baling.  
Sebelum saya undur diri dari sini, ingin saya mewakili semua pelajar Tahun 6 memohon maaf daripada cikgu Ali sekiranya melakukan sebarang kesalahan yang menyakitkan hati beliau.  
Sekian terima kasih.  

 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name