Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: Cara-cara untuk memajukan kawasan tempat tinggal kamu, by no need
Contoh Karangan UPSR
Name:U.S.A. no need
Title:Cara-cara untuk memajukan kawasan tempat tinggal kamu
2013-06-12 17:10
Membina dan menaik taraf jalan raya  
 
Pembinaan dan menaik taraf jalan melibatkan pelbagai kerja seperti kerja tanah, pemampatan, pelapik buluh, kerja konkrit, benteng penahan, pembagasan batu, kawalan asas kawasan, subtapak, asas jalan, salutan utama dan kerja menurap.  
 
Untuk menerajui kerja-kerja tersebut dengan berkesan, Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi teknikal kerajaan dilantik sebagai pegawai pengawas bagi projek tersebut.  
 
Manakala jurutera JKR pula bertanggungjawab mengurus kontrak dan memastikan kerja tersebut berkualiti dan siap mengikut masa. Setelah semua kerja disiapkan dengan memuaskan, JKR akan mengeluarkan Perakuan Siap Praktikal kepada kontraktor untuk menandakan secara rasmi bahawa projek tersebut telah disiapkan.  
Menyediakan bekalan air bersih / terawat  
 
Sistem bekalan air di seluruh negara akan dibaikpulih melalui proses penyambungan ke rangkaian retikulasi atau melalui penyediaan sistem bekalan air alternatif.  
 
Rangkaian retikulasi baharu bergantung pada kapasiti loji rawatan air baharu dan yang sedia ada selain jarak lokasi ke sistem retikulasi air sedia ada.  
 
Bagi kawasan pedalaman dengan kepadatan penduduk yang rendah, bekalan air alternatif termasuk perigi tabung, penuaian air hujan dan jerigen (kontena jerry can) digunakan untuk membekalkan air bersih.  
 
Daripada 58,087 isi rumah yang disasarkan menerima air bersih atau terawat pada tahun 2011, 79% dihubungkan ke sistem retikulasi air sementara 21% lagi menerima air daripada bekalan alternatif.  
Menyediakan bekalan elektrik 24 jam  
 
Proses ini menyaksikan sambungan bekalan kuasa elektrik baharu di seluruh Malaysia dan melibatkan penyambungan bekalan elektrik berasaskan grid atau pelaksanaan sistem hibrid solar.  
 
Jenis sambungan yang baharu ini bergantung pada kepadatan penduduk dan keterpencilan sesuatu kawasan.  
 
Mod pilihan pembekalan kuasa elektrik adalah dengan menyambung ke grid bekalan elektrik. Walau bagaimanapun, di kawasan pedalaman yang terlalu jauh dari sebarang infrastruktur penghantaran (transmission) atau sekiranya sambungan ke grid utama itu terlalu mahal, teknologi seperti penjanaan kuasa hibrid solar atau hidro elektrik mikro akan diperkenalkan.  
 
Dalam tahun dalam kajian, pendekatan alternatif ini membantu memastikan penyaluran bekalan elektrik ke lebih banyak perkampungan di kawasan pedalaman.  
Membina / membaik pulih rumah golongan miskin luar bandar  
 
Dalam usaha menyediakan rumah untuk golongan miskin luar bandar, pelbagai daerah dan agensi peringkat negeri telah digembleng untuk mengenal pasti isi rumah yang memerlukan. Sementara portal eKasih (pangkalan data negara untuk isi rumah berpendapatan rendah) juga digunakan untuk memilih calon.  
 
Kumpulan fokus peringkat daerah bertanggungjawab menilai merit bagi benefisiari yang berpotensi dan menentukan sama ada isi rumah tersebut layak untuk menyertai program.  
 
Seterusnya, kumpulan fokus peringkat daerah akan mengemukakan cadangan berhubung dengan keperluan terhadap rumah baharu atau kerja-kerja membaik pulih.  
 
Kementerian akan berhubung rapat dengan pihak berkuasa relevan bagi memastikan realiti tempatan dipertimbangkan dalam proses pembuatan keputusan dan aktiviti penyediaan perumahan yang bakal menyusul.  
 
Bagi memastikan ketekalan, semua rumah yang dibina pada tahun 2011 menggunakan standard kualiti dan reka bentuk yang lazim. Langkah berhemat ini penting untuk mengurus kos dengan lebih berkesan.  
 
Setiap rumah berkeluasan 600 kaki persegi dan terdiri daripada tiga buah bilik tidur dan dua buah bilik air. Setiap rumah yang baru dibina ini juga dibekalkan dengan kemudahan asas seperti elektrik dan air terawat.  
 
Kemudahan asas ini berjaya mempertingkatkan dengan nyata kualiti hidup keluarga yang sebelum ini hanya tinggal di rumah usang, tempat perlindungan atau pondok sahaja.  
 
NKRA Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar telah mencapai kejayaan membanggakan seperti yang terpapar dalam gambarajah di bawah:
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name