Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: Aku Beg Sekolah, by Nurul Wahida Binti Khairul Azlan
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Nurul Wahida Binti Khairul Azlan
Title:Aku Beg Sekolah
2013-06-03 16:35
    Aku adalah beg sekolah berjenama 'NICKY'.Badanku dibuat daripada kanvas berwarna ungu.Di bahagian hadapan badanku ada gambar kartun yang menarik.  
 
    Setelah siap dibuat di kilang,aku dihantar ke sebuah kedai menjual beg di sebuah bandar.Aku di susun bersama rakan-rakan yang lain di atas rak.  
 
    Pada suatu hari,seorang wanita datang ke kedai bersama-sama anak perempuannya.Setelah puas membelek-belek beg yang ada, akhirnya wanita itu membeliku untuk anak perempuannya.Aku diisi dengan pelbagai jenis buku sekolah serta alat tulis.Aku berasa gembira menemani tuanku ke sekolah pada setiap hari.Kawan-kawannya selalu memuji-muji kecantikanku.  
 
    Tuanku seorang budak yang baik serta rajin.Dia menjagaku dengan baik dan akan mencuciku dua minggu sekali.Aku berasa sangat beruntung mendapat tuan sebegitu.  
 
    Kini aku telah berkhidmat hampir setahun.Keadaanku masih baik.Aku sentiasa berharap diriku berada dalam keadaan yang baik supaya aku dapat meneruskan khidmatku dengan lebih lama  
    
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name