Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: kamu telah bercuti pada cuti sekolah yang lepas.tulis sebuah karangan tentang pengalaman kamu, by Ameera Afeefa
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Ameera Afeefa
Title:kamu telah bercuti pada cuti sekolah yang lepas.tulis sebuah karangan tentang pengalaman kamu
2013-05-17 17:28
                                                                                 16-2, Jalan Pegawai,  
                                                                                 14000 Bukit Mertajam,  
                                                                                 Pulau Pinang.  
 
                                                                              
                                                                                 17 Mei 2013.  
 
    Kepada yang diingati, saudari Farah yang berada di Kedah dengan selamatnya.  
 
Saudari,  
    Apa khabar saudari di sana? Saya sihat-sihat saja. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak mengirim berita. Hal ini demikian kerana saya dan keluarga akan bercuti di Singapura.  
 
    Saya berasa sungguh gembira apabila dibawa bercuti ke sana. Kami berada di san selama empat hari. Sepanjang percutian tersebut, kami berpeluang melawat beberapa tempat yang menarik.  
 
    Antara tempat tersebut termasuklah Pulau Sentosa dan Taman Haiwan Singapura. Di Pulau Sentosa, kami berpeluang bersiar-siar di sekeliling pulau tersebut dengan menaiki monorel. Setelah itu, kami ke Perkampungan Asean, Taman Rama-rama dan muzium. Semasa di Taman Haiwan Singapura pula, kami berpeluang melihat pelbagai jenis haiwan. Haiwan-haiwan di taman ini dijaga dengan baik.  
 
    Singapura merupakan negara yang begitu pesat membangun. Banyak bangunan tinggi terdapat di sini. Negaranya bersih dan indah. Saya berasa terhibur semasa berada di sini.  
 
    Bagaimana pula dengan percutian saudari? Saya berharap agar saudari tidak keberatan untuk menceritakan tentang percutian saudari pula. Akhir kata, sampaikan salam saya kepada ibu bapa saudari. Sekian terima kasih.  
 
                                                                                            Yang Ikhlas,  
 
                                                                                                 Ameera  
                                    
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name