Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cita-cita Saya, by Nur Ain Narisya Binti Ngah
Contoh Karangan UPSR
Name:Terengganu Nur Ain Narisya Binti Ngah
Title:Cita-cita Saya
2013-05-01 01:08
         Setiap orang mempunyai cita-cita,lebih-lebih lagi seorang penuntut.Cita-cita saya hendak menjadi seorang doktor.  
 
         Saya bercita-cita hendak menjadi seorang doktor kerana doktor dapat berkhimat kepada masyarakat dan negara.Sebagaimana kita ketahui,negara kita masih kekurangan doktor dan pakar perubatan.  
 
         Jikalau saya berjaya,saya akan bekerja di hospital kerajaan.Saya akan merawat pesakit dengan baik,ersopan santun dan lemah lembut.Pendek kata,saya akan merawat mereka dengan penuh tanggungjawab,sehingga penyakit mereka sembuh.Saya akan melayan semua pesakit mereka sembuh.Saya akan melayan semua pesakit secara sama rata;tidak kira mereka itu berpangkat,kaya,miskin dan tidak mengira kaum.  
 
         Setelah berkhidmat beberapa tahun dengan kerajaan saya akan membuka klinik saya sendiri.Dengan ini saya akan dapat memberi bantuan dan pertolongan yang lebih luas kepada masyarakat dan negara.Bagi pesakit-pesakit yang miskin,saya akan beri rawatan dan ubat dengan percuma.  
 
         Pekerjaan sebagai seorang doktor adalah mulia.Ia dapat berkhidmat kepada masyarakat dan negara.Oleh itu saya mesti belajar bersungguh-sungguih dari sekarang dan berdoa mudah-mudahan cita-cita saya akan tercapai.
 

Submit a comment:

Name