Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah mempelajari ilmu komputer, by KARTHIYAINI CHANDRAN
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang KARTHIYAINI CHANDRAN
Title:Faedah mempelajari ilmu komputer
2013-04-30 22:39
Pada zaman moden ini,manusia sudah mula berlumba-lumba  
mempelajari ilmu komputer kerana ilmu membawa banyak  
kebaikan.  
Baik murid-murid sekolah rendah mahupun pelajar-pelajar sekolah menegah dapat memperoleh maklumat dalam pelbagai bidang.Ilmu komputer meluaskan ilmu pegetahuan seseorang murid.  
Kini,seseorang murid boleh melayari laman web yang mengandungi bahan mata pelajaran dengan hanya menekan butang papan kekunci komputer.Ini memudahkan murid-murid untuk mengulangi ke arah peperiksaan.  
Pada masa dahulu, segala urusan pejabat perlu dilakukan secara manual.Contohnya,menyimpan maklumat pentadbiran tetapi kini perkara ini dilakukan dengan penggunaan komputer.Penggunaan komputer memudahkan penyimpanan rekod dan data.  
Seseorang yang mahir dalam komputer akan juga mempelajari penggunaan internet.Melalui internet segala perkembangan dunia dapat diketahui dengan begitu cepat.Kita tidak perlu lagi menunggu surat khabar untuk mengetahui peristiwa dunia.internet membawa pengguna mengelilingi dunia dalam masa sekelip mata.  
Memandangkan faedah yang begitu banyak dapat kita peroleh melalui komputer,kita harus menggalakkan setiap rakyat di negara kita mempelajarinya.      
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Submit a comment:

Name