Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah-Faedah Bersukan, by Amir Zikri
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Amir Zikri
Title:Faedah-Faedah Bersukan
2013-04-22 12:52
Faedah bersukan dan langkah –langkah untuk memajukan sukan  
Terdapat aktiviti sukan yang boleh kita lakukan.Antaranya ialah bola sepak,badminton,hoki,takraw,bola tampar,berbasikal dan sebagainya.Setiap orang digalakan bersukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu kerana banyak faedah yang diperolehi.  
Antara kebaikan bersukan ialah dapat menyihatkan tubuh badan kita.Kita dapat bermain di waktu petang atau waktu lapang    di pelabagai tempat seperti padang,dewan,gymnasium,taman permainan dan lain-lain lagi.Dengan ini kita akan berpeluh dan membuang sisa toksik memberhaya di dalam tubuh badan kita.Jantung akan mengepam darah yang beroksigen lantas badan cergas, otak cerdas.  
Selain itu,kita dapat memanfaatkankan masa,Masa yang terluang boleh digunakan untuk besenam,bermain dan bersukan.Masa kita tidak akan terbuang dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah separti melepak,leka menonton televisyen atau bermain video game ,tidur berpanjangan dan sebagainya.Oleh demikian kita tidak akan terjemus ke dalam gejala sosial.  
Seterusnya,kita dapat memupuk nilai murni dalam pelbagai acara.Antaranya ialah menepati masa    dan mematuhi peraturan permainan.Jikalau kita bermain bersama ,kita dapat memupuk sifat toleransi,setia kawan,jati diri,semangat kesukanan,daya saing yang tinggi.  
Disamping itu,kita dapat mengerat silaturahim sesame manusia.Kita dapat menambah kenalan mengenal budaya berbilang kaum,Antaranya kita akan mesra berbincang sesame ahli keluarga kita.Kita juga dapat menambah kemesraan sesama masyarakat.  
Akhir sekali,kesihatan akan terjamin dari penyakit-penyakit yang berbahaya bak kata pepatah    “sediakan payung sebelum hujan”.  
Majulah Sukan Malaysia  
Sukan di negara ini mengalami zaman kemelesetan yang begitu ketara kerana tiada lagi kejayaan yang diraih seperti awal tahun 50-an, 60-an atau 80-an. Keadaan ini telah menimbulkan rungutan pelbagai pihak terutama peminat sukan di negara ini. Media massa pula asyik mengeluarkan pelbagai teori dan langkah untuk menangani masalah sukan di negara ini . Jelaslah, ada pelbagai tindakan drastik yang boleh dilakukan oleh semua pihak.  
 
 
     Sudah pasti perubahan minda masyarakat harus berlaku terutama persepsi mereka terhadap sukan. Anggapan bahawa sukan tidak memberi apa-apa kesan atau tiada prospek ekonomi harus dikikis dengan segera. Sukan sama juga seperti kerjaya lain jika dilakukan dengan betul, sistematik dan tabah berupaya menyumbangkan sumber kewangan . Oleh itu, perubahan paradigma masyarakat hendaklah berubah selaras dengan perubahan zaman yang mengutamakan sukan di peringkat global.  
          
 
     Selain itu, kerajaan harus memberikan ganjaran yang setimpal kepada ahli sukan yang berjaya di dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Sumbangan dalam bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya menyuntik semangat baru kepada ahli sukan untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik lagi. Pemberian insentif ini juga memberi satu harapan kepada golongan muda    agar lebih berusaha mengharumkan nama negara.  
 
      
 
 
 
 
 
 
 
 
Di samping itu negara boleh menganjurkan kejohanan sukan bertaraf dunia di negara ini. Penganjuran sukan sebegini memberi peluang kepada ahli sukan negara untuk bersaing dengan ahli-ahli sukan dunia yang sememangnya lebih baik. Persaingan yang hebat ini menjadikan ahli sukan kita lebih fokus dan menyedari kelemahan serta mampu meningkatkan kualiti diri mereka sejajar dengan pengalaman yang diperoleh. Maka, lebih banyak penganjuran acara sukan dunia di negara ini, semakin bertambahlah mutu ahli sukan kita.  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
    Bagaimana dengan juruatih? Sudah pasti pengambilan jurulatih berpengalaman terutama dari negara luar berupaya menyuntik teknik baru kepada latihan ahli sukan kita. Jurulatih asing yang berpengalaman mampu melihat kelemahan dan ia dapat mengatasi ahli sukan kita kerana mereka lebih berpengalaman. Dalam masa yang sama jurulatih asing ini boleh membuat program untuk melatih jurulatih tempatan atau berkongsi pengalaman dengan mereka untuk merangka satu sistem latihan yang baik. Jadi, jurulatih asing boleh membawa perubahan drastik terhadap mutu sukan negara.  
 
 
Kesimpulannya, mutu sukan di negara ini boleh berubah. Cuma kegagalan persatuan-persatuan sukan untuk melihat secara positif dan masalah konflik dalaman persatuan yang menyebabkan mutu sukan kita terus menjunam. Masyarakat sudah muak dengan alasan demi alasan yang diberikan setiap kali ahli sukan kita mengalami kekalahan. Sikap 'menuding jari' membuktikan betapa kita banyak menyalahkan orang lain tanpa mahu berubah.  
 
 

 

viola intuna , (2014-03-02 21:55)
Baik.....
 
Submit a comment:

Name