Welcome!

Contoh Karangan UPSR: sambung cerita, by eddy smart
Contoh Karangan UPSR
Name:Terengganu eddy smart
Title:sambung cerita
2013-03-31 00:51
Hari sudah jauh malam. Adik-adik aku sudah tidur, namun ibu bapa aku belum juga pulang. Aku menjadi bimbang dan risau.  
 
                                         Tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu. Malam semakin sejuk, hendak lelapkan mata, aku tidak rasa mengantuk. Aku ingin bangun dari tempat tidurku, namun pelbagai andaian bermain dikepalaku. Aku berasa tidak sedap hati.  
 
                                         Bunyi itu semakin jelas. Setahuku, jiranku telahpun pulang ke kampungnya. Dari manakah datangnya bunyi itu? Aku memberanikan diri untuk mengintai dari celah pintu. Aku dapat melihat dengan jelas kelibat dua orang pencuri sedang mundar-mandir di dapur. Aku segera menutup lampu kalau-kalau pergerakkanku diperhatikan.  
                      
                                         Kedua-dua mereka nampak mencurigakan. Mereka berjalan terbongkok-bongkok. Mereka membawa beberapa peralatan rumah ke sudut halamman.  
 
                                         Menyedari kejadian itu, aku segera menelefon polis. Tidak lama kemudian, pihak polis pun tiba. Kedua-dua pencuri itu telah ditangkap. Kedua-duanya ialah kumpulan pencuri yang dikehendaki polis.  
 
                                         Aku juga terdengar bunyi deruan enjin kereta ayah. Rupa-rupanya ibu dan ayahku telahpun pulang. Aku amat gembira dan berasa lega. Ibu dan ayah tercengang melihat polis disekeliling kawasan rumah. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepadaku.  
 
                                         Ibu dan ayahku tersenyum mendengar cerita itu. Tiba-tiba, ibu datang memelukku. Ibu dan ayah bangga denganku. Aku akan mengingati peristiwa itu sebagai kenangan manis buatku.
 

, (2014-04-30 04:03)
idea yang bernas.Terima kasih kerana memberi tunjuk ajar kepada murid-murid yang lemah
 
Submit a comment:

Name