Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebatang sungai, by nurain irwan
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah nurain irwan
Title:aku sebatang sungai
2013-03-31 00:29
    Aku ialah sebatang sungai yang mengalir di tengah-tengah kesibukan kota.Suatu ketika dahulu akulah nadi pengangkutan.Aku membawa dan menghantar barang ke banyak tempat.Airku bersih dan menjadi tumpuan manusia bermandi-manda di hujung minggu.  
    Segala-galanya telah musnah setelah manusia bijak mencipta pengangkutan moden,bekalan air paip yang lebih bersih dan kewujudan banyak kilang penrindustrian.Lebih malang lagi apabila aku dijadikan tempat pembuangan sampah.  
    Setelah sekian lama berkhidmat,Kesihatanku makin terjejas.Aku sering sakit.Airku tidak lagi sejernih dahulu.Ikan-ikan juga takut untuk tinggal di dalam badanku.Aku merintih sendirian.Tiada sesiapa pun yang mendengarnya.  
    Nasibku bertambah malang apabila air kotor dari kilang berhampiran dialirkan kepadaku.Sampah sarap telah menutupi wajahku sehingga manusia boleh berjalan di atas badanaku kerana sampah terlalu tebal.  
    Aku sangat berharap agar pihak yang bertanggungjawab segera membersihkan diriku.Aku tidak sanggup lagi dikotori dan dicemari.Aku sekarang sedang nazak.Tiada sesiapa pun yang datang menghulurkan bantuan.  
    Beginilah nasib sebatang sungai.Jika sikap buruk manusia ini berterusan,aku yakin generasi akan datang tidak akan mengenaliku.Mereka hanya kenal tasik-tasik dan kolam buatan mereka sendiri sahaja.    
 

Paronaidchute, (2019-03-22 19:33)
Ayat buatlah sedikit gramatis..dan isi juga perlu lebih banyak..ayat jangan seperti budak tadika..terlalu pendek...^,^..semuanya okey..  

 
hang, (2016-11-20 21:55)
takgood
 
hang, (2016-11-20 21:55)
takgood
 
hang, (2016-11-20 21:54)
good
 
loo pei hang, (2016-11-20 21:54)
good
 
JEGADESH, (2015-05-15 00:26)
GOOD
 
anonimous, (2015-03-31 00:21)
Pendek nyer.. Panjang la skit -.-
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name