Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Persediaan Menyambut Hari Raya Aidilfitri, by Mohd Firdaus
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak Mohd Firdaus
Title:Persediaan Menyambut Hari Raya Aidilfitri
2013-03-25 22:15
Perayaan Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tidak lama lagi. Pelbagai persediaan yang kami sekeluarga lakukan untuk menyambut perayaan tersebut. Semua ahli keluarga mempunyai tugas masing-masing.  
 
Saya dan abang ditugaskan untuk membersihkan kawasan luar rumah. Kami memotong rumput dan menyapu sampah sarap yang terdapat di kawasan luar rumah. Rumput-rumput dan sampah sarap itu kami masukkan ke dalam plastik hitam. Kemudian, kami pun memasukkan plastik hitam itu ke dalam tong sampah.  
 
Sementara itu, kakak dan adik perempuan saya ditugaskan untuk menghias ruang tamu. Mereka menanggalkan kain langsir yang lama dan menggantikan dengan kain langsir yang baharu. Mereka juga menghias ruang tamu dengan bunga plastik yang beraneka warna. Pelbagai kad ucapan digantung di dinding rumah. Setelah siap, mereka mengelap cermin dan membuang habuk-habuk yang melekat di perabot di dalam rumah.  
 
Ibu saya pula sibuk memasak beraneka jenis kuih di dapur. Antara kuih yang dimasak oleh ibu ialah kuih kapit, kuih bakul, dan beraneka jenis biskut. Ibu memasukkan kuih kapit dan biskut ke dalam bekas kedap udara supaya tidak lemau.  
 
Seminggu sebelum menyambut tahun baru, kami sekeluarga membeli-belah di pasar raya. Ketika itu, pasar raya menawarkan potongan harga rendah sempena perayaan Tahun Baru Cina. Kami membeli pakaian baharu untuk menyambut perayaan ini. Kami juga membeli barang makanan dan minuman yang perlu sebagai persediaan menyambut perayaan tersebut.  
 
Saya berharap Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dapat disambut dengan meriah. Tentu banyak angpau yang akan saya peroleh sempena tahun baru nanti.
 

future boy, (2018-05-19 14:47)
this karangan will be very help fullto every upsr stundent
 
Tarsha Gunasekaran, (2018-04-28 16:07)
karangan ini sangat bagus.......saya berharap lagi suatu karangan anda pun sangat baik....
 
Tarsha Gunasekaran, (2018-04-28 16:04)
I like this karangan a lot....
 
nasuha, (2018-02-28 00:53)
karangan nie sgt.Karangan yg bagus
 
Power Girl, (2018-01-30 01:55)
Karangan ape ni x menarik langsung
 
Hanisah binti mohd, (2018-01-16 00:27)
Saya budak dari Sekolah Kebangsaan Kampung Igan.Karangan kamu akan kelihatan Amazing kalau kamu membuat perenggan.  

 
sugirthan, (2017-12-27 20:10)
saya suka karangan ini
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name