Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: Surat kepada kakak, by Syafiqah
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Syafiqah
Title:Surat kepada kakak
2013-02-23 13:39
 
 
Nurina Danisya Anyta Binti Muhd Faizal  
No. 123, Jalan Mawar,  
Muar,Johor.  
 
03 Januari 2013  
 
        Menemui kakanda Nurina Dayana Amirah yang kini menuntut di Universiti Nottingham,England. Semoga kakanda sihat waafiat dan sentiasa dalam pemeliharaan Allah. Buat diri adinda di sini sihat sejahtera. Bonda dan ayahnda begitu juga.  
 
Kakanda,  
 
     Sudah lama kakanda tidak mengirimkan berita kepada adinda dan keluarga di sini. Adinda faham kakanda terlalu sibuk dengan pelajaran,tetapi luangkanlah sedikit masa untuk menghantar berita kepada kami di sini.  
     Suka adinda memberitahu kakanda, adinda mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR pada tahun lepas. Sekarang adinda sedang menunggu tawaran untuk masuk ke sekolah berasrama penuh. Tentu kakanda gembira mendengar berita ini.  
     Ayahnda telah mennghadiahkan adinda komputer yang besar berwarna merah jambu. Bonda pula menghadiahkan alatan sekolah dan telefon berjenama Samsung terkini. Adinda amat gembira dengan hadiah tersebut.  
     Oh! ya kakanda ,adinda ingin memberitahu anak Pak teh Khiri, Adawiyah dapat masuk Universiti Malaya.Pak teh seronok sekali sebab anaknya berjaya masuk universiti.Dia buat kenduri yang besar dan meriah, dengan menggorbankan seekor lembu. Bonda dan ayahnda tumpang gembira kerana itulah anak saudaranya yang berjaya ke menara gading.  
     Hanya setakat ini warkah adinda memohon maaf jika terdapat salah dan silap atau terkasar bahasa.  
 
     Yang benar  
 
 
    ............  
(Nurina Danisya Anyta  
    bini Muhd Faizal)  
 

 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name