Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: berkelah di tepi panti, by salu
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor salu
Title:berkelah di tepi panti
2013-02-03 12:04
                     Pada pagi ini, cuacanya cerah dan udaranya juga nyaman. Bapa ingin membawa kami sekeluarga untuk berkelah di tepi pantai. Kami semua pun menganggukkan kepala tanda setuju. Setelah kami menyediakan semua barang yang diperlukan di tepi pantai, kami pun menaiki kereta Myvi bapa saya.  
 
                        Kira-kira setengah jam, kami pun tiba di destinasi. Selepas itu, kami pun mencari tempat yang sesuai untuk berkelah. Setelah lama mencari, akhirnya kami Berjaya mencari jua.  
 
                        Saya dan adik-beradik pun menolong ibu dan bapa untuk meletakkan barang yang kami bawa. Kami membawa banyak barang seperti tikar, makanan, minuman, bola dan banyak lagi. Ibu pun mengeluarkan barang-barang lalu dipamerkan di atas tikar.  
 
                        Saya dan adik pun segera menukarkan pakaian kepada baju renang kerana kami tidak sabar untuk mandi di pantai. Kami berenang dengan seronok sekali manakala ibu dan bapa dudku di tepi pantai melihat kami berenang.  
 
                     Setelah kami letih, kami pun kembali ke darat untuk mengisi perut kami. Kami makan makanan yang disediakan oleh ibu. Makanan itu ialah nasi, ayam goring, sayur kangkung, kari ayam dan ikan goring. Ibu juga ada membawa minuman bergas.  
 
                        Selepas kenyang, kami pun berehat seketika, kami sekeluarga berbual dengan seronok sekali. Ada perbualan yang melucukan, ada juga perbualan yang sedih.  
 
                        Tidak lama kemudian, saya dan adik pun menyuruh ibu dan bapa turut bermain bola bersama kami. Kami pun bermain dengan gembira. Saya dan ibu berada dalam satu kumpulan, manakala adik dan bapa berada dalam satu kumpulan.  
 
                        Tidak sangka masa berlalu dengan begitu cepat. Kami pun mengemaskan barang yang kami bawa lalu memasukkannya ke dalam but kereta. Kami pun pulang ke rumah.  
 
                        Walaupun saya berasa sungguh letih, tetapi saya berasa gembira kerana dapat pergi berkelah. Saya berharap bapa akan membawa kami untuk berkelah di tepi pantai lagi.  
 

 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name