Welcome!

Contoh Karangan UPSR: HOBI SAYA, by YOOGA
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah YOOGA
Title:HOBI SAYA
2012-11-15 15:53
Bahasa ini adalah lebih mudah untuk dibelajar berbanding mana-mana satu bahasa etnik. Penciptaannya bertujuan untuk menyamai penggunaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa perantaraan kini, iaitu serupa dengan bahasa Perancis, Latin dan Greek pada zaman yang lebih awal. Berbeza dengan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa semula jadi dan kekadang bersifat tidak sekata, Ido direka bentuk khas untuk memastikan ketekalan dari segi tatabahasa, ejaan dan perkamusan. Bahasa itu juga tidak memihak mana-mana satu kaum etnik yang boleh menyebabkan kelebihan daripada kefasihan asli. Oleh itu, Ido telah dikelaskan sebagai sebuah bahasa perantaraan antarabangsa, dan kini mungkin merupakan bahasa buatan yang kedua dari segi bilangan pengguna, selepas Esperanto, pendahulunya.  
Ido diperkembangkan pada awal 1900-an, dan mempunyai pengguna yang tidak banyak, dengan kebanyakannya di Eropah. Bahasa ini dicipta oleh L. L. Zamenhof, berdasarkan bahasa Esperanto. Ido muncul buat pertama kali pada tahun 1907 disebabkan oleh keinginan untuk memperbaik kelemahan Esperanto yang dipercayai oleh pendukung Ido sebagai suatu halangan terhadap penyebaran Esperanto sebagai sebuah bahasa kedua yang mudah dibelajar. Banyak lagi projek pembaikan termuncul selepas Ido: contohnya "bahasa Occidental" dan "bahasa Novial" muncul selepas itu tetapi kini telah hilang. Bersama-sama dengan Esperanto dan Interlingua, Ido merupakan salah satu daripada tiga bahasa perantaraan yang mempunyai banyak karya dan penutur.  
Nama bahasa Ido mungkin berasal daripada sebutan "I.D." (bahasa Inggeris: International Delegation yang bermaksud "Perwakilan Antarbangsa", sila lihat di bawah) atau perkataan esperantido yang bermaksud "keturunan Esperanto". Ido menggunakan 26 huruf Latin, iaitu serupa dengan bahasa Inggeris tanpa penggunaan tanda diakritik. Walaupun masih sekata dari segi morfologi, Ido sama rupa dengan bahasa-bahasa Romawi dan kekadang disalah anggap sebagai bahasa Itali atau bahasa Sepanyol pada pertama kali pandang. Sebahagian besar bahasa Ido dapat difahami oleh mereka yang pernah belajar bahasa Esperanto, walaupun terdapatnya beberapa perbezaan dalam pembentukan perkataan, tatabahasa dan perkataan fungsi tatabahasa yang menyebabkannya merupakan lebih daripada hanya satu projek pembaikan yang mudah. Ido adalah suatu bahasa tersendiri.  
Selepas permulaannya, Ido mencapai sokongan daripada sebahagian komuniti Esperanto (dianggarkan dalam lingkungan 20% [1]), tetapi pada tahun 1914, selepas kematian tiba-tiba Louis Couturat, salah seorang penyokong yang termasyhur, kepopularan bahasa Ido merosot. Terdapat dua sebab untuk kejadian ini:  
kemunculan perpecahan yang lebih lanjut yang disebabkan oleh beberapa projek pembaikan yang bersaingan;  
ketidaksedaran yang umum terhadap bahasa Ido sebagai calon bahasa antarabangsa.  
Halangan-halangan ini melemahkan gerakan Ido dan tidaklah sehingga kebangkitan Internet bahawa bahasa ini bermula mendapatkan semula momentum yang dahulunya.
 

Submit a comment:

Name