Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: Karangan Jenis Fakta (Faedah mengikuti Lawatan sambil Belajar, by Siti Nurniawati
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Siti Nurniawati
Title:Karangan Jenis Fakta (Faedah mengikuti Lawatan sambil Belajar
2012-10-15 15:37
            Aktiviti lawatan sambil belajar ini memberi faedah dan manfaat kepada kita.Aktiviti di luar bilik darjah seperti ini amat digalakkan apatah lagi ianya dianjurkan oleh pihak sekolah.Justeru,ibu bapa hendaklah memberi galakan yang seharusnya kepada anak-anak mereka.  
 
            Selain itu,aktiviti ini banyak faedahnya.Antaranya kita dapat menambahkan ilmu pemgetahuan kita dengan lebih mendalam.Kita seharusnya melawat tempat-tempat lawatan yang berfaedah agar kita tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.  
 
            Melalui aktviti ini,kita juga dapat mengeratkan hubungan mesra antara murid dengan murid yang lain dan juga murid dengan guru.Kita juga dapat berkomunikasi dan berinteraksi agar kita lebih akrab.Guru juga dapat mengenal karakter murid.  
 
            Kita juga dapat mengisi masa lapang dengan bijak dan dapat mengelakkan diri daripada gejala sosial yang makin berleluasa sekarang ini.  
 
            Di samping itu,kita dapat melihat keindahan di Malaysia.Kita semestinya mensyukuri nikmat tuhan yang selama ini diberi olehnya.  
 
            Kesimpulannya,kita dapat pelbagai faedah daripada aktivi seperti ini.Ianya memberi manfaat yang berguna untuk kita semua.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name