Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: Kepentingan Bersukan, by Juliana Binti Libon
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah Juliana Binti Libon
Title:Kepentingan Bersukan
2012-09-29 08:23
sukan ialah kegiatan yang memerlukan ketangkasan  
dan tenaga.Pelbagai kegiatan sukan yang boleh dilakukan seperti bermain bola sepak,bola jaring,badminton atau hoki  
dan berlari.Banyak kebaikan diperolehi daripada aktiviti ini.  
     Bersukan atau bersenam baik untuk kesihatan tubuh  
badan.Orang yang bersukan akan sentiasa bertenaga,sihat,dan  
aktif sepanjang hari berbanding dengan orang yang tidak bersukan.Apabila tubuh badan menjadi sihat,kita bertenaga untuk melakukan aktiviti lain seperti belajar atau bekerja.  
Disamping itu, daya fikiran bertambah baik kerana tahap kecergasan bada semakin memuaskan.  
     Kegiatan sukan juga dapat mengisi masa lapang,terutama  
pada waktu petang dan hari cuti.Kita boleh memanfaatkan masa dengan berjoging atau bersenam ditaman-taman rekreasi bersama-sama keluarga.Oleh itu,masa terluang tidak terbuang begitu sahaja.  
     Menyertai kegiatan sukan dapat merapatkan hubungan  
siraturrahim sesama insan. Hal ini kerana banyak kegiatan atau pertandingan sukan yang dianjurkan untuk memupuk perpaduan dan hubungan yang erat antara keluarga ,masyarakat ,dan kaum-kaum di malaysia.  
     Aktiviti sukan juga memberikan peluang yang lumayan  
apabila kita terbabit secara lansung dalam sesuatu jenis sukan yang dminati.Hal ini telah terbukti di serata dunia bahawa banyak ahli sukan hidup mewah keran bergiat aktif dalam bidang sukan, si samping mendapat bayaran penajaan.  
     Kesimpulannya kegiatan sukan amat bermanfaat untuk kita.Masyarakat yang aktif ialah masyarakat yang gemar bersukan kerana melalui kegiatan sukan,kualiti hidup akan bertambah baik.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name