Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Syarahan "Faedah Bersukan", by Anis Nazira bt Razali
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Anis Nazira bt Razali
Title:Syarahan "Faedah Bersukan"
2012-09-23 20:05
            Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada, Tuan Pengerusi Majlis, yang saya hormati para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Faedah Bersukan".  
 
Hadirin sekalian,  
            Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat. Kata-kata ini menunjukkan bahawa kesihatan badan adalah pemangkin kepada seluruh sistem badan. Bersukan adalah sesuatu aktiviti yang boleh dilakukan oleh kita mengikut kesesuaian seseorang individu.  
 
            Apabila kita bersukan, lemak di dalam badan kita akan dibakar lalu kita akan berpeluh. Apabila kita berpeluh, kita akan berasa lebih segar dan sihat. Peluh itu adalah bahan kumuhan yang tidak diperlukn oleh badan kita.  
              
            Bersukan juga akan mengisi masa lapang kita dengan perkara yang berfaedah. Ianya boleh mengelakkan kita daripada terjebak dalam aktiviti yang kurang sihat seperti merempit, merokok, melepak dan sebagainya. Bak kata pepatah " masa itu emas " jadi kita perlulah menggunakan masa kita dengan sebaik-baik yang mungkin.  
 
            Di sekolah, murid-murid digalakkan menyertai aktivi sukan. Menerusi aktiviti sukan, murid dapat mengetengahkan bakat dalam diri mereka seterusnya dapat mewakili sekolah dapat sukan. Selain itu, kita juga boleh menharumkan nama keluarga, sekolah, daerah, negeri atau negara.Mereka pasti akan berbangga dengan kita. Seperti atlet-atlet negara kita iaitu Dato' Lee Chong Wei, Pandalela Rinong dan ramai lagi,  
 
            Apabila kita aktif dalam sukan, kita berpeluang untuk belajar di sekolah sukan.Kita juga berpeluang untuk melancong ke luar negara. Contohnya spereti Dato' Lee Chong Wei dapat mewakili permainan badminton ke Olympic Londong. Bliau dapat melancong ke luar negara. dan mengetahui maklumat tentang negara tersebut.  
 
Hadirin yang dihormati sekalian,  
            Amalan bersukan dapat menyatupadukan rakyat di negara kita. Jika kita lihat dalam seuatu permainan, pemain-pemain yang terlibat bukan hanya dimonopoli oleh satu kaum sahaja malah terdiri daripada pelbagai kaum. Hal ini dapat menyemaikan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.  
 
            Selain itu , apabila kita bersukan kita juga dapat menambah kenalan. Seperti contoh , apabila kita berjogging pada di Taman Rekreasi pada waktu petang, kita akan menjumpai ramai orang-orang awam di sana dan kita akan dikenali.  
 
            Oleh itu, jelaslah bahawa bersukan mendatangkan banyak faedah. Jadi, marilah kita bersama-sama bersukan. Bak kata pepatah "badan sihat otak cergas".  
 
Sekian, terima kasih.
 

Lee Chong Weh, (2018-02-06 23:13)
~LONDONG~ / ~LONDON~ ?
 
Emma, (2018-02-06 23:05)
Karangan dia sangat okay
 
Vghzjzjj, (2017-05-07 01:00)
Vbah dah hd Hagan's do all click yard do did fQ go commando good to check zl go cook go Hi hi as he has dh hi v Good Zac sky Alba CB hHhhjako dealer audits service O Co so is is RM like to if go see o course cause I will get full I will get everything you now I am cleaning the car was knocked the on the car was telling  
 
 
 

 
H, (2017-05-07 00:53)
Good  

 
RubyEmerald, (2017-04-28 01:12)
Bagus tapi apabila nak copy dan print tak dapat .Apasal?
 
Danish Hamidi, (2017-03-23 02:27)
olimpik londong*
 
Irfan Aiman, (2017-02-14 03:16)
I love this essay,so good
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name