Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: pengalaman bercuti bersama keluarga, by Nurul Farisya Amera
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan Nurul Farisya Amera
Title:pengalaman bercuti bersama keluarga
2012-09-10 21:30
     Pada cuti semester yang lalu, aku bersama keluargaku pergi bercuti di Melaka. Kami bertolak pada pukul 3.00 petang. Sepanjang perjalanan, aku menikmati keindahan yang cantik dan indah. Selepas beberapa jam, kami tiba di tempat yang dituju. Kami terus ke hotel yang telah ditempah oleh ayah. Kami sekeluarga membawa barang masing-masing masuk ke dalam hotel. Kemudian, kami terus membersihkan diri dan berehat.  
 
     Pada pukul 8.00 pagi keesokan harinya, kami bangun dan bersiap untuk melawat tempat-tempat menarik di Melaka.Kami melawat Zoo Melaka yang terletak di sekitar Ayer Keroh. Kami dapat melihat pelbagai jenis haiwan di sana. Kami juga menyaksikan persembahan haiwan yang menarik. Aku berasa sungguh terpegun. Kemudian, aku dan adik-adikku berpeluang memberi makan    kepada haiwan-haiwan di situ.  
 
     Setelah itu, kami melawat Muzium Melaka iaitu muzium yang sangat terkenal di Malaysia. Aku dapat melihat bahan-bahan bersejarah di sana. Dalam keseronokkan, aku juga    mendpat ilmu pengetahuan yang banyak. Aku boleh menggunakan ilmu pengetahuan tersebut    dalam ujian penulisan dan berkongsi dengan rakan-rakan di sekolah.  
 
     Selepas itu, kami sekeluarga berehat dan makan tengah hari. Kemudian, kami meneruskan perjalanan. Kami melawat Bandar Hilir. Di sana, terdapat Kota A'Famosa, bangunan Stadhuys, River Cruise dan lain-lain lagi. Tempat-tempat yang menarik ini telah membuatku lupa akan keletihan sepanjang hari. kami sekeluar bergambar di tempat-tempat yang menarik sebagai kenangan.  
 
     Akhir sekali, kami membeli hasil kraf tangan di kedai berhampiran sebagai cenderamata. Aku membeli cenderamata untuk guru dan rakan-rakanku. Hasil kraf tangan tersebut sangat cantik dan unik. Aku pasti mereka akan gembira setelah menerima cenderamata tersebut. Setelah itu, kami pulang semula ke hotel untuk berehat kerana hari sudah larut malam.  
 
     Pada keesokan harinya, kami mengemas barang-barang untuk pulang ke rumah. Walaupun kami sekeluarga berasa sungguh penat, kami tetap gembira dan mendapat banyak ilmu pengetahuan serta pengalaman yang menarik.  
 
    
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name