Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: Kesan Buruk Makanan Ringan Kepada Kesihatan, by Nurhamizah
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Nurhamizah
Title:Kesan Buruk Makanan Ringan Kepada Kesihatan
2012-09-10 16:58
            Makanan segera mudah didapati di mana-mana sahaja tidak kira di kawasan bandar atau kawasan desa.Makanan ini menjadi pilihan kerana mudah dan cepat disediakan.Dengan itu, masyarakat sekarang lebih gemar makanan segera.  
 
            Makanan segera ialah makanan yang senang dan cepat disediakan, misalnya mi segera,burger,piza,dan aiskrim. Terdapat banyak gerai yang menjual makanan segera, antaranya restoran, makanan segera,kedai makan,kedai runcit dan gerai di tepi jalan raya.  
 
            Akibat cepat dan senang didapati maka timbullah pelbagai masalah kepada kanak-kanak yang gemar makan makanan segera. Makanan ini disediakan dengan pelbagai perasa sehingga menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya. Contohnya obesiti,diabetes,darah tinggi,lemah jantung dan sebagainya.  
 
            Selain itu,makanan segera juga menyebabkan kanak-kanak tidak mengambil diet makanan yang betul. Terdapat kanak-kanak yang lebih suka makan burger atau piza berbanding makan sayur-sayuran,ulam-ulaman atau makanan yang kaya dengan protein.  
 
            Pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan penting dalam membendung gejala makanan segera yang kian popular. Tambahan pula,pihak pengusaha makanan kerap menawarkan pelbagai pakej yang menarik dengan harga yang lebih murah. Tawaran ini pasti akan menambah jualan pengusaha-pengusaha restoran makanan segera sehingga lupa tentang kepentingan kesihatan anak-anak.  
 
            Oleh yang demikian,amalan makan makanan segera perlu dihindari oleh kanak-kanak demi kesihatan mereka.Ibu bapa, guru-guru dan pihak kerajaan perlu berganding bahu membendung gejala agar generasi masa hadapan lebih sihat.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name