Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Guru Yang Saya Sayangi, by Ummi Ikhlas
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah Ummi Ikhlas
Title:Guru Yang Saya Sayangi
2012-09-10 20:25
Setiap murid ada guru yang paling disayangi.Begitu juga dengan saya.Guru yang paling saya sayangi ialah cikgu Laili.  
 
Cikgu Laili mengajar saya mata pelajaran Bahasa Melayu.Beliau mula mengajar disekolah saya sejak tahun 2003.Saya mula mengenali cikgu Laili ketika beliau mengajar kakak saya dahulu.  
 
Kini,cikgu Laili mengajar saya mata pelajaran Bahasa Melayu.Baliau seorang guru yang rajin dan sentiasa mengambil berat tentang pelajaran saya dan kawan-kawan.Beliau juga selalu menasihati saya supaya tekun belajar dan sentiasa menghormati guru-guru serta ibu bapa.  
 
Di samping itu,cikgu Laili juga mengadakan kelas bimbingan secara percuma selepas waktu persekolahan.Saya dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang itu kerana kami agak lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terutama bahagian penulisan karangan.Cikgu Laili juga selalu memberi kami latihan-latihan untuk disiapkan di rumah.  
 
Pada hujung minggu,cikgu Laili akan berjoging bersama-sama ahli keluarganya di taman berhampiran rumah saya.Rupa-rupanya cikgu Laili ialah jiran saya.  
 
Saya sangat sayang akan cikgu Laili kerana beliau seorang guru yang baik dan prihatin terhadap murid-muridnya terutama murid yang lemah.Saya berharap cikgu Laili sentiasa sihat dan terus mencurahkan baktinya di sini.Saya juga mendoakan agar cikgu Laili sentiasa berbahagia bersama keluarganya.
 

Hariz Fahmi, (2018-04-17 00:05)
Bolehlah
 
Najla nurhaziqah syamimi binti Fakhrizal, (2018-01-17 19:16)
Saya suka karangan awak tu.  
 
 
I LOVE YOUR STORY.........  

 
, (2017-12-09 15:45)
 

 
NUR DINI , (2017-12-09 15:44)
WOW NANTI BOLEH BUAT SIAP2 X PAYAH DUK FIKIR DH
 
Norasiah, (2017-02-25 23:13)
saya suka karangan ini .
 
eswaran, (2017-02-07 02:03)
bestla karangan awak
 
, (2017-02-05 00:31)
i love this karangan and i like short karangan
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name