Welcome!

Contoh Karangan UPSR: faedah-faedah mengikuti kelas tambahan di sekolah, by anis skdk
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak anis skdk
Title:faedah-faedah mengikuti kelas tambahan di sekolah
2012-09-10 20:14
                    Kelas tambahan adalah satu alternatif untuk membantu murid-murid dalam pelajaran.Murid-murid boleh memilih sama ada mahu mengikuti kelas tambahan di sekolah atau pun pusat tuisyen swasta.Ramai berpendapat bahawa mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan pihak sekolah lebih baik daripada mengikuti pusat tuisyen swasta.Ini kerana, banyak manfaat yang diperolehi jika kita mengikuti kelas berkenaan.  
                     Antara faedahnya ialah,dapat mengisi masa lapang. Kita dapat mengisi masa senggang dengan mengikuti kelas tersebut.Dengan ini,tidaklah kita terjebak dengan gejala negatif seperti melepak,bermain permainan video dan sebagainya.Kita juga tidak membazir waktu dengan perkara tersebut.  
                    Selain itu,kita juga dapat mengeratkan lagi hubungan di antara guru-guru dan juga rakan-rakan.Secara tidak langsung,kita dapat mengenali perwatakan guru dan rakan kita dengan lebih mendalam lagi.Ini sangat membantu untuk merapatkan tali silaturrahim.  
                    Seterusnya,kita juga dapat mengurangkan kos untuk menanggung segala bayaran kelas tambahan.Ini kerana,pihak sekolah mengenakan kadar bayaran yang lebih rendah daripada pusat tuisyen swasta.Dengan cara ini,kita dapat menyimpan wang tersebut untuk perkara yang lain.  
                     Di samping itu,kita juga dapat menambahkan pengetahuan.Dengan mengadakan kelas tambahan,kita dapat memantapkan lagi pemahaman kita tentang sesuatu topik.Dengan latih tubi dan kerja berkumpulan yang diberi guru,ini dapat membantu kita agar lebih faham tentang sesuatu topik.  
                        Dengan ini,sudah terbukti bahawa dengan mengikuti kelas tambahan lebih baik daripada mengikuti    pusat tuisyen swasta.Kita dapat memperoleh banyak kebaikan dan manfaat dengan mengikuti kelas tambahan seperti ini. Oleh itu,kita hendaklah mengikuti kelas seumpamanya.
 

adam, (2018-10-22 12:43)
bagus
 
azim razak, (2018-08-14 18:38)
sangat bagus.
 
iqbal, (2018-08-14 18:31)
ini dapat membuat kita gembira kerana ianya bagus.
 
iqbal, (2018-08-14 18:28)
sangat bagus.  

 
Aina Zahra, (2017-12-18 16:48)
Sangat baguslah!!!Saya tabik!
 
mohamad hafidzi bin hasanuddin, (2017-02-24 23:04)
baguss  

 
, (2017-02-06 01:55)
pandai betul kamu menulis karangan itu
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name