Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: Menziarahi Datuk dan Nenek di Kampung, by Goh Carmen
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Goh Carmen
Title:Menziarahi Datuk dan Nenek di Kampung
2012-08-23 18:29
         Pada cuti penggal pagi, saya berpeluang bercuti di kampung bersama datuk dan nenek yang tersayang. Kampung itu merupakan sebuah perkampungan nelayan di negeri Terengganu. Saya menolong datuk menjemur udang kering, ikan kering, dan belacan.  
         Pada setiap pagi, datuk bersama beberapa orang penduduk kampung akan menaiki motobot ke laut. Mereka akan bertolak pada waktu pagi dan pulang pada waktu senja dengan hasil tangkapan yang agak lumayan. Ikan atau udang-udang yang ditangkap akan dijual kepada peraih. Ikan-ikan yang tidak habis dijual akan dibuat ikan masin atau ikan kering.  
         Saya sempat belajar cara membuat ikan masin daripada nenek. Pada mulanya ikan-ikan tersebut mesti dibersihkan, kemudian ikan-ikan tersebut diperam dalam tong yang mengandungi air garam selama tiga hari.  
         Setelah cukup tempoh, nenek menghamparkan seguluung tikar di atas lantai untuk menjemur ikan kering. Saya menolong nenek menyusun ikan-ikan itu supaya mendapat sinaran cahaya yang secukupnya. Ikan-ikan yang telah kering itu dimasukkan ke dalam sebuah bakul. Hasil ikan-ikan    kering itu akan dihantar ke pasar untuk dijual.  
         Walaupun cuti penggal itu pendek tetapi saya berasa gembira kerana dapat hidup bersama datuk dan nenek di kampung.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name