Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: membeli buku rujukan dan latihan UPSR, by muhamad ikhwan
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang muhamad ikhwan
Title:membeli buku rujukan dan latihan UPSR
2012-07-30 21:23
Muhamad Ikhwan,  
No 18 Lorong Widuri 20,  
Taman Widuri,  
14200 Sungai Jawi,  
Pulau Pinang.  
 
 
Pengurus Pemasaran,  
Pelita Ilmu,  
No 9,Jalan 9/93,  
Taman Cheras Indah,  
56100 Kuala Lumpur.                                                                                                                                                                                    25 JULAI 2012  
 
Tuan,  
 
Pesanan Buku-buku Rujukan dan Latihan UPSR  
 
Merujuk perkara di atas,saya ingin memesan beberapa buah buku latihan daripada syarikat tuan.Saya mendapat maklumat ini daripada akhbar tempatan iaitu akhbar Didik.  
 
2.     Untuk makluman pihak tuan,saya amat memerlukan buku-buku ini sebagai bahan rujukan dan latihan tambahan untuk menghadapi peperiksaan UPSR.Saya memilih buku-buku penerbitan dari syarikat tuan kerana percaya dengan kualiti buku yang diterbitkan.  
 
3.     Berikut saya sertakan senarai buku-buku rujukan yang dikehendaki:  
 
Judul Buku  
Kuantiti  
Harga  
Bahasa Malaysia Latihan Efektif UPSR  
1  
RM8.00  
Matamatik Latihan Efektif UPSR  
1  
RM9.00  
Sains Latihan Efektif UPSR  
1  
RM9.00  
Bahasa Inggeris Latihan Efektif    UPSR  
1  
RM8.00  
Jumlah  
4  
RM34.00  
 
4.     Bersama-sama pesanan ini saya sertakan Wang Pos bernombor S7789 bernilai RM34.00 sebagai bayaran untuk buku-buku tersebut.Saya berharap agar pihak tuan dapat menghantar pesanan ini dengan kadar yang segera.  
 
Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai.          
 
Sekian,terima kasih.  
 
Yang benar,  
 
 
(MUHAMAD IKHWAN)
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name