Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Laporan Perhimpunan Rasmi Sekolah, by Muhammad Hamezee Akmal B Adnan
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Muhammad Hamezee Akmal B Adnan
Title:Laporan Perhimpunan Rasmi Sekolah
2010-05-19 12:18
    Sekolah Kebangsaan Seri Ma'amor telah mengadakan Perhimpunan Rasmi Sekolah.Perhimpunan itu telah diadakan pada hari Isnin,21 Mac 2010.Perhimpunan itu dijalankan di Dataran Gemilang Sekolah.Perhimpunan itu dihadiri oleh Guru Besar,para guru dan murid.

    Perhimpunan ini dimulakan dengan bacaan doa yang dibaca oleh Nur Aiman Amer.Perhimpunan itu diteruskan dengan ikrar sekolah dan negara.Selepas itu,adalah nyanyian lagu bangsa Johor,lagu Satu Malaysia dan lagu sekolah.

    Perhimpunan ini diteruskan dengan ucapan guru bertugas minggu lepas iaitu Cikgu Romizi.Cikgu Romizi memberi peringatan kepada murid-murid agar menjaga kesihatan.Seterusnya,ucapan guru bertugas minggu ini Cikgu Hafidah.Cikgu Hafidah mengingatkan kita tentang keselamatan ketika di jalan raya.Seterusnya,Guru Besar menyampaikan ucapan tahniah kepada semua yang telah menyertai pertandingan kuiz.

    Perhimpunan ini diakhiri dengan nyanyian lagu negaraku.semua murid diminta supaya berdiri tegak dan menyanyi dengan kuat untuk menunjukkan kesetiaan kita pada negara.

Yang Benar                                                                        21 Mac 2010

(MUHD SYAFIQ)

Setiausaha Badan

Pengawas Sekolah

Kebangsaan Seri

Ma'amor


 

Submit a comment:

Name