Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: Peraturan sekolah yang perlu saya patuhi, by Muhammad Fareez Iqmal
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Muhammad Fareez Iqmal
Title:Peraturan sekolah yang perlu saya patuhi
2012-06-04 14:09
 
                Peraturan ditakrifkan sebagai undang-undang yang perlu dipatuhi. Peraturan sangat penting untuk menjalankan kerja atau tugas. Seseorang yang bijak mematuhi peraturan yang ditetapkan ialah seseorang yang menunjukkan tingkah laku yang baik dan tindak-tanduknya tidak bertentangan dengan norma-norma masyarakat.  
 
                Di sekolah, lazimnya wujud pelbagai peraturan yang perlu dipatuhi setiap warga sekolah. Ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya berdisiplin dengan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Contohnya,murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa kebenaran. Peraturan ini perlu dipatuhi murid-murid untuk menjaga tindak-tanduk dan keselamatan mereka.  
 
                 Di sekolah, lazimnya jika seseorang itu melanggar peraturan sekolah dia akan didenda supaya dapat memperbaiki kesilapannya itu atau mencatat kesalahannya itu di dalam buku kawalan disiplin yang terdapat di setiap kelas.  
 
                 Di samping itu, peraturan juga mampu melahirkan murid-murid yang berjaya dalam kehidupan. Mereka akan patuh dan teguh terhadap prinsip yang menjadi pegangan sejak kecil lagi.Murid-murid inilah yang akan menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.  
 
                 Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam melatih anak-anak mematuhi peraturan sekolah yang ditetapkan supaya menjadi murid yang berdisiplin.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name