Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: AKU SEBUAH BEG SEKOLAH, by NUR AZIRI AMANINA
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak NUR AZIRI AMANINA
Title:AKU SEBUAH BEG SEKOLAH
2012-05-31 12:43
            Aku adalah sebuah beg sekolah berjenama LOTUS.Badanku dibuat daripada kanvas yang berwarna-warni.Dibahagian hadapan badanku ada gambar kartun yang menarik.  
 
            Setelah siap dibuat di kilang,aku dihantar ke sebuah kedai menjual beg di sebuah bandar.Aku disusun dengan teratur bersama rakan-rakan yang lain di atas rak.  
 
             Pada suatu hari,seorang wanita datang ke kedai bersama-sama anak perempuannya.Setelah puas membelek -belek beg yang ada,akhirnya wanita itu membeliku untuk kegunaan anak perempuannya ke sekolah.Aku diisi dengan pelbagai jenis buku sekolah serta alat tulis.Aku berasa gembira menemani tuanku ke sekolah setiap hari.kawan-kawannya selalu memuji-muji kecantikanku.  
 
             Tuanku seorang budak yang baik serta rajin.Dia menjagaku dengan baik sewaktu di sekolah dan akan mencuciku dua minggu sekali.  
 
             Kini aku telah hampir setahun bersama-sama dengan tuanku.Aku masih lagi berada dalam keadaan baik.Aku sentiasa berharap diriku berada dalam keadaan baik supaya aku dapat meneruskan khidmatku dengan lebih lama terhadap tuanku.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name