Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: cara-cara menjaga kesihatan , by Dhifya A/P Sarawanan
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Dhifya A/P Sarawanan
Title:cara-cara menjaga kesihatan
2012-05-26 22:30
     Pada era yang moden ini,menjaga kesihatan diri amat penting kepada semua manusia.Tanpa mempunyai badan yang sihat kehidupan kita di dunia ini tidak akan sempurna.Terdapat berbagai-bagai jenis cara untuk menjaga kesihatan diri sendiri.  
 
        Pertama, kita menjaga kebersihan diri seperti mandi dua kali sehari.kita perlulah menggunakan sabun untuk mandi.Kita patutlah menggosok gigi tiga kali sehari.Dengan berbuat demikian,gigi kita akan kelihatan bersih sepanjang hari.  
            Selain itu, kita wajarlah makan mengikut piramid makanan.Kita juga perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi karbohidrat,protein,fiber dan sebagainya.  
             Di samping itu,kita perlu bersenam sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu.Dengan bersenam,badan kita akan cergas otak kita pula akan menjadi cerdas.Bah kata pepatah 'badan sihat otak cerdas'.  
                Tambahan pula,demi menjaga kesihatan diri kita boleh menjaga kebersihan persekitaran kita.Dengan ini, kita menghapuskan haiwan pembawa penyakit daripada membiak di kawasan rumah.  
                 Kesimpulannya, wang ringgit tidak bermakna lagi.Oleh sebab itu, kita mestilah menjaga kesihatan diri kita sendiri.Dengan ini, kita boleh menjamin kebahagiaan dalam kehidupan kita.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name