Welcome!

Contoh Karangan UPSR: negaraku tercinta, by noor fairuz thaha
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur noor fairuz thaha
Title:negaraku tercinta
2012-05-18 18:49
Malaysia,  
namamu kian harum  
dalam kalangan warga dunia  
mereka sentiasa memuji pemimpinmu  
kerana bijak memajukan negara  
 
Malaysia,  
usah kau bimbang  
jika musuh datang menyerang  
kerana aku sentiasa bersedia  
melakukan pengorbanan  
tanpa mengharapkan sebarang balasan  
 
Malaysia,  
akan kukenang setiap perwira  
yang telah berkorban demimu  
kerana jasa mereka  
tidak ternilai harganya  
daripada emas dan permata  
yang ada di dunia  
jika dapat aku himpunkan rakyat jelata  
bertanyakan perasaan mereka  
pasti mereka mengucapkan perasaan yang sama,  
"aku gembira jadi wargamu"  

 

Submit a comment:

Name