Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: cara-cara membalas jasa guru, by sarah perak
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak sarah perak
Title:cara-cara membalas jasa guru
2012-05-11 20:50
    Guru ialah insan yang mengajar kita membaca dan mengira. Ilmu yang diberikan tidak terbatas dalam pendidikan sahaja, malahan merangkumi keperibadian seseorang. Jasa mereka terlalu banyak dan sewajarnya sebagai manusia yang tahu mengenag budi, jasa mereka patut dibalas.  
 
    Cara terbaik membalas segala jasa dan pengorbanan guru adalah belajar bersungguh-sungguh. Di sekolah, kita hendaklah tekun mendengar ajaran guru dan di rumah, kita hendaklah menelaah apa yang telah dipelajari. Apabila kita memperoleh kejayaan yang cemerlang, sudah tentu guru kita akan berasa gembira dan merasakan bahawa pengorbanannya selam ini sudah terbalas.  
 
    Selain itu, kita perlu menghormati mereka seperti kita menghormati ibu bapa kita. Apabila bertutur dengan mereka, kita hendaklah menggunakan kata-kata yang manis. Malahan, jika guru meminta pertolongan, seperti mengangkat bukku atau membersihkan kelas, segeralah tanpa bersoal jawab.  
 
    Apabila kita sudah berjaya, jangan sesekali kita melupakan jasa guru kita. Jika ada kesempatan, kirimlah kad kepada mereka, terutamanya pada Hari Guru. Malahan, tidak menjadi kesalahan jka kita sering bertanya khabar atau mengunjungi mereka. Inilah antara beberapa contoh cara-cara membalas jasa guru,
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name