Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: kebaikan tinggal di asrama, by ashwini
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor ashwini
Title:kebaikan tinggal di asrama
2012-05-11 10:15
Tinggal di asrama sering dikaitkan dengan Sekolah berasrama penuh yang menempatkan murid-murid pintar. Namun pada hariini, asrama juga terdapat di sekolah biasa. Hal ini kerana, tinggal di asramabanyak kebaikkannya.  
Kehidupan harian murid yang tinggal di asrama lebih teratur dan berjadual. Mereka ada masa makan, belajar dan mengulang kajipelajaran serta masa bermain. Penggunaan masa unutk aktiviti yang berfaedah amat penting kepada murid-murid. Ekoran itu, murid- murid lebih berdisiplin dan cemerlang di dalam pelajaran.  
Selain itu, murid-murid yang tinggal di asrama juga dapat belajar berdikari. Mereka belajar melakukan sesuatu dengan sendiri. Contohnya, membasuh baju dan membersihkan bilik tidur mereka. Sikap ini akan menjadi amalan apabila mereka pulang ke rumah masing- masing. Bak kata pepatah 'Alah bisa tegal bisa'.  
Murid-murid yang tinggal di asrama akan terhindar daripada beberapa masalah. Antaranya, mereka tidak perlu berebut- berebut semasa menaiki bas. Ibu bapa juga tidak perlu memperuntukkan wang untuk membayar tambang bas. Murid-murid juga akan terhindar dartipada gangguan adik- beradik di rumah ketika belajar.  
Murid- mjurid yang tinggal di asrama juga dapat memupuk nilai- nilai murni. Antar nilai-nilai murni tersebut adalah bertolak ansur, tolong menolong dan sabar. Nilai- nilai murini ini dapat membentuk jati diri murid- murid pada masa hadapan.  
Sesungguhnya, tinggal di asrama banyak kebaikannya. Mereka akan terhindar daripada gejala sosial seperti melepak dan merayau-rayau tanpa tujuan. Pada setiap hari, masa murid-murid dipenuhi dengan aktiviti mengikut jadual yang ditetapkan.                
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name