Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: kebaikan bergotong-royong, by Manisha
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Manisha
Title:kebaikan bergotong-royong
2012-04-10 21:34
    Aktiviti bergotong-royong merupakan sesuatu kerja yang dapat dilakukan secara bersama-sama.  
 
    Antara kebaikannya, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain seperti    meminta tolong    daripada sesiapa untuk mengangkat sesuatu barang yang berat.  
 
    Banyak faedah akan diperolehi daripada amalan ini. Apabila kita melakukan sesuatu kerja secara bergotong-royong,kerja menjadi lebih mudah contohnya yang berat menjadi ringan,kerja yang susah pula    menjadi senang jika kita melakukan secara beramai-ramai.  
 
     Seterusnya gotong-royong ialah    salah satu aktiviti yang sihat dan juga mengeluarkan peluh. Badan kita akan menjadi sihat dan terhindar daripada pelbagai penyakit.  
 
     Selain itu semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan ini. Melalui aktiviti ini, kita dapat berbual-bual,berkenalan dengan lebih rapat,bantu membantu dan lain-lain lagi.  
 
     Aktiviti gotong-royong wajar diteruskan dalam kehidupan kemasyarakatan. Hal ini kerana, banyak kebaikan akan dinikmati sekiranya kita mengamalkannya.    
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name