Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: Mimpi (Tersesat di dalam Hutan), by Syazni Ameera
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Syazni Ameera
Title:Mimpi (Tersesat di dalam Hutan)
2012-04-06 20:14
    Cuaca pada pagi itu cerah sekali. Aku,Annis,Lisa dan Yasmin bersiap sedia dengan bekalan masing-masing menuju ke hutan.Kami bertiga ingin mencari spesies tumbuh-tumbuhan yang diperlukan untuk projek Sains. Kami tiba di hutan tersebut kira-kira pukul 9.30 pagi. Kedinginan pagi masih terasa kabus tebal masih menyelubungi kawasan hutan tersebut.Keheningan pagi benar-benar memberi ketenangan kepada kami.  
 
    Kami leka melihat keindahan flora dan fauna di dalam hutan. Perjalanan kami diiringi dengan bunyi reriang rimba yang memecah kesunyian hutan. Aku terpesona dengan bunyi-bunyian itu. Tanpa disedari kami berempat telah bejalan jauh hingga ke tengah hutan. Hari semakin gelap. Bunyi reriang juga makin jarang-jarang kedengaran.  
 
    Ketakutan mulai menghantui kami bertiga. Kami telah tersesat di dalam hutan. Annis mencadangkan agar kami menyusuri sungai yang terdapat di dalam hutan itu untuk mencari jalan keluar. Kami berempat menyusuri sungai dengan berhati-hati kerana keadaan yang gelap dan batuan sungai yang licin.  
 
    Kami berempat sudah keletihan. Bekalan makanan yang dibawa juga sudah habis. Aku dan kawan-kawanku berhenti seketika untik melepaskan lelah. Air sungai menjadi penghilang dahaga. Kadinginan malam mencengkam tubuhku.  
 
 
    Tiba-tiba, kami berempat terdengar suara orang ketawa mengilai-ngilai dari arah berdekatan. Kami mulai ketakutan. Macam-macam yang bermain di benakku. Kami berempat berlari dengan pantas meninggalkan tempat itu. Tanpa disedari, aku telah terpisah dengan kawan-kawanku.  
 
 
    Aku menjerit nama Annis, Lisa,dan Yasmin. Jeritanku tiada berjawab. Aku menangis semahu-mahunya.Tiba-tiba, aku ternampak cahay lampu yang sangat terang. Ibu mengejutkan aku daripada tidur. Rupa-rupanya aku telah bermimpi.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name