Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: Haiwan Peliharaan Saya, by 慧林
Contoh Karangan UPSR
Name:Hong Kong 慧林
Title:Haiwan Peliharaan Saya
2012-04-04 15:49
            Terdapat banyak haiwan yang jinak yang boleh dipelihara oleh manusia. Antaranya kucing, burung, burung dan anjing. Setiap orang mempunyai haiwan peliharaan masing-masig. Saya juga mempunyai haiwan yang paling saya sayangi.  
            Antara haiwan peliharaan kesayangan saya ialah kucing. Nama kucing saya ialah Omel. Kucing saya merupakan kucing daripada baka Paris. Ayah menghadiahi saya kucing itu semasa hari jadi saya pada tahun lepas. Kucing saya ialah seekor kucing betina. Kucing saya berusia lima tahun. Bulu kucing saya berwarna putih dan berbulu panjang. Bulu kucing saya sangat lebat dan lembut. Mata kucing saya berwarna coklat.  
            Kucing saya merupakan kucing yang agak agresif. Kucing itu amat peka dengan persekitarannya. Kucing saya sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kucing saya tidak pernah duduk diam pada waktu siang hari.  
            Saya selalu memandikan kucing saya sekali dalam seminggu. Saya menggunakan syampu khas memandikannya. Makanan yang paling kucing saya sukai ialah ikan. Kucing saya suka minum kadang-kadang, saya membawa kucing saya bersiar-siar di halaman rumah. Kucing saya sangat suka bermain bola.  
            Pada tahun lepas, saya memasukkan kucing saya dalam satu pertandingan kucing di sebuah pasar raya. Saya berasa sangat gembira kerana kucing saya berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.  
            Bulu kucing saya yang putih, panjang dan bersih dapat menarik perhatian orang yang melihatnya. Apatah lagi apabila melihat aksinya yang manja. Ada orang yang teringinkan kucing saya sehingga sanggup membeli kucing saya dengan harga RM2500.  
            Namun, saya tidak mahu menjual kucing saya itu kerana saya sangat sayang akan kucing tersebut. Saya berharap agar kucing saya akan sentiasa sihat.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name