Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: aktiviti bergotong royong di sekolah, by Esther Chang
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Esther Chang
Title:aktiviti bergotong royong di sekolah
2012-04-03 21:53
    Pada minggu yang lalu,sekolah saya telah mengadakan aktiviti gotong-royong.Ibu bapa,guru-guru dan murid-murid telah menyertai aktiviti tersebut.Tujuan aktiviti gotong-royong adalah untuk memastikan kebersihan sekolah.  
 
    Pada pukul tujuh pagi,peserta-peserta telah berkumpul di padang sekolah.Ada yang membawa cangkul,sabit dan juga ada yang bawa penyapu,bakul dan sebagainya.Guru besar memberi ucapan setelah semua peserta tiba.Selepas itu,kita mendengar taklimat yang diberi oleh guru disiplin.  
      
    Kami diagihkan kepada empat kumpulan.Saya dan ayah ditugaskan untuk mencat pagar sekolah,manakala murid yang pandai melukis pula ditugaskan untuk melukis mural di sekeliling sekolah.  
 
    Ada kumpulan yang membersihkan longkang dengan menggunakan cangkul dan pengali.Ada juga kumpulan yang menyusun pasu-pasu yang diisi dengan pokok-bunga di taman sekolah.  
 
    Murid-murid saling membantu.Beberapa ibu bapa pula memotong dahan pokok yang layu.Mereka juga menanam bunga yang berwarna-warni supaya kelihatan cantik dan menarik perhatian orang ramai.  
 
    Selepas empat jam,kami siap kerja masing-masing.Walaupun kami berasa penat,tetapi kami berasa gembira kerana sekeliling sekolah telah menjadi bersih dan kemas.Saya berharap agar aktiviti gotong-royong boleh diadakan setiap tahun.  

 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name