Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: syarahan\"menghormati orang tua tanggungjawab kita\", by alya nur farisah
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak alya nur farisah
Title:syarahan\"menghormati orang tua tanggungjawab kita\"
2012-03-31 15:06
         Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar,guru-guru, dan rakan-rakan sekalian . Pada pagi ini    saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk "Menghormati orng tua tanggungjawab kita".  
          
Hadirin yang dihormati,  
         setiap insan pastinakan melalui peingkat usia. Yang muda lambat -laun akan menjadi tua juga.Oleh itu,sebagai golongan muda hari ini, kita mestilah menghormati warga tua.Hal ini demikian kerana pada suatu hari nanti kita pasti akan menggantikan tempat mereka pula.  
 
         Warga tua telah banyak berjasa kepada negara.Mereka banyak mencurahkan tenaga untuk membangunkan negara kita suatu masa dulu.Tanpa mereka kita tidak akan dapat mangecap nikmat hidup dalam negara membangun seperti hari ini.Oleh itu, kita perlu menghormati mereka agar kita tidak dianggap seprti kacang lupakan kulit.  
 
            Seterusnya,warga tua perlu kita hormati kerana mereka merupakan golongan yang kaya dengan pengalaman hidup.Kita perlu sentaisa mendengar nasihat dan mendapatkan pandangan daripada mereka dalam banyak perkara.Hal ini demikian kerana mereka lebih dulu makan garam daripada kita.  
 
             Selain itu, kita perlu menghormati warga tua untuk menyahut serua kerajaan bagi mewujaudkan masyarakat penyayan.Hubungan yang erat dalam kalangan masyarakat ini dapat menjamin    kestabilan sosial negara.  
 
             Akhir kata,ingin saya tegaskan sekali lagi,hormatilah warga tua kerana menghormati    mereka merupakan tanggungjawab    kita.Jika kita ingin dihormati,maka kita perlu menghorhati warga tua.Sekian, terima kasih.  

 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name