Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: Cara-cara mengisi masa lapang, by K-zack (ke boyz)
Contoh Karangan UPSR
Name:K-zack (ke boyz)
Title:Cara-cara mengisi masa lapang
2012-03-30 16:25
Cara-cara Mengisi Masa Lapang  
                Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Guru Besar,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Pada pagi yang mulia ini,saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Cara-cara mengisi masa lapang”.  
                 Masa amat berharga bagi kita.Setiap anggota masyarakatperlu menghargai masa kerana masa yang berlalu tidak akan berlalu lagi.Pelbagai    cara boleh kita lakukan untuk menghargai masa.  
                Sebagai pelajar kita boleh menghargai masa dengan melakukan    latihan ulangkaji,kerja rumah atau menyertai kegiatan- kegiatan kokurikulum .Aktiviti-aktiviti    yang    sihat  
Boleh menggilap potensi pelajar dan seterusnya dapat membantu    pelajar    cemerlang dalam pelajaran.  
             Selain itu,kita boleh memanfaatkan masa senggang dengan melakukan hobi yang berfaedah seperti membaca buku-buku cerita,melukis    atau membuat kraftangan.Seni kreatif yang kita lakukan bukan sahaja boleh mengisi masa lapangmalah boleh menjana pendapatan pada masa hadapan.  
          
            Melakukan aktiviti sukan pada masa lapang merupakan satu pilihan yang amat baik.Hal ini kerana,aktiviti sukan boleh menggilap bakat kita dalam bidang sukan.Di samping itu,  
aktiviti sukan boleh meningkatkan stamina tubuh badan kita dan mengelakkan diri daripada risiko serangan penyakit serta masalah obesiti.  
             Akhir sekali,kita boleh menghargai masa dengan mengikuti aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti aktiviti gotong-royong,rukuntetangga dan Hari Keluarga.Aktiviti aktiviti kemasyarakatan bukan sahaja boleh membantu masalah penduduk setempat malahan boleh mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita.  
Sekian,terima kasih.  

 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name