Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: cara-cara berjimat cermat, by abdul stilo
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah abdul stilo
Title:cara-cara berjimat cermat
2012-03-30 16:20
Cara-cara berjimat cermat  
          
         Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis , barisan panel hakim yangbijaksana , dan hadirin yang saya hormati . Assalamualaikum dan salam sejahterasaya ucapkan .Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan ialah”Cara-Cara Berjimat Cermat”.  
Para hadirin yang saya muliakan,  
            Dewasa ini,negara mengalami krisis ekonomi yang menyebabkankenaikan harga barangan di pasaran.Oleh itu,pelbagai cara boleh kita lakukan sebagai langkah berjimat cermat. Salah satu daripadanya,kita mestilah merancang perbelanjaan sebelum berbelanja.Dengan ini,kita dapat mengelakkan pembaziran daripada membeli barangan yang tidak penting.  
            Selain itu,kita perlu berbelanja mengikut had keupayaan kita.Kita tidak boleh sesekali berbelanja diluar kemampuan ekonomi yang kita ada.Ibarat kata pepatah,”Ukur baju dibadan sendiri”.  
            Kita juga jangan sesekali mudah terpengaruh dengan promosi penjualan mega dan jualan murah yang ditawarkan oleh gedung-gedung perniagaan.Kerghairahan berbelanja boleh menyebabkan kita mengalami masalah kewangan dan terpaksa memikul hutang.  
             Pepatah melayu ada mengatakan,”Sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit”. Pepatah ini mengingatkan kita supaya mengamalkan sikap berjimat cermat melalui amalan menabung.Wang tabungan kita boleh digunakan pada masa yang akan datang.  
            Sebelum mengundur diri,saya ingin menegaskan bahawa amalan menabung patut dilakukan oleh semua masyarakat Malaysia.Amalan ini juga dapat membantu meningkatkan tahap sosio-ekonomi sesebuah negara.  

 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name