Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: BERKELAH DI TEPI PANTAI, by PRIYATARSINI A/P CHANDRA MOHAN
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan PRIYATARSINI A/P CHANDRA MOHAN
Title:BERKELAH DI TEPI PANTAI
2012-03-27 22:35
Pada hari Sabtu yang lalu, bapa saya membawa kami sekeluarga berkelah di tepi pantai Port Dickson.Kami bertolak ke pantai pada pukul 8:30 pagi dari rumah menaiki kereta bapa.Ibu saya menyediakan makanan dan minuman serta barang keperluan seperti tikar,pinggan,cawan dan sebagainya.  
 
Tidak lama kemudian,kami pun sampai di pantai Port Dickson.Kelihatan di sana sudah ramai orang.Bapa saya meletakkan keretanya di tepi pantai.Ibu dan saya mengambil barang yang dibawa dari rumah.Bapa saya mencari sebatang pokok yang teduh.Kami menghampakan tikar lalu meletakkan barang yang dibawanya.  
 
Selepas itu,saya dan abang saya menukar baju mandi lalu terjun ke dalam pantai.Kami bermandi-manda dengan menggunakan pelampung    dengan gembira.Bapa saya membaca surat khabar manakala ibu saya pula mendengar radio.  
 
Selepas beberapa jam,ibu memanggil kami untuk menjamu selera.Kami bersama-sama makan sandwic sambil mendengar radio.Setelah makan,kami pergi mandi sekali lagi.  
 
Selain itu,kami juga membina istana pasir yang besar.Bapa mengambil gambarnya.Kami juga bersama-sama bermain bola d tepi pantai.Ibu bapa juga bermain bersama kita. Kami berasa riang hati.  
 
Pada pukul 6:00 petang,kami bersedia untuk pulang ke rumah.Kami membuangkan tin-tin dan botol-botol ke dalam tong sampah.Kami pulang ke rumah dengan penuh gembira.Walaupun saya berasa penat namun saya berasa sangat seronok.Saya tidak boleh melupakan perasaan ini.  

 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name