Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: Pertandingan Bola Sepak Tujuh Sebelah, by Wayne Rooney
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak Wayne Rooney
Title:Pertandingan Bola Sepak Tujuh Sebelah
2012-03-24 21:23
Jawatankuasa Kemajuan Kampung,  
Kampung Permatang Gelugur,  
34200 Taiping,  
Perak Darul Ridzuan.  
______________________________________________________________  
 
Semua wakil kampung,  
Daerah Larut Matang,  
34200 Taiping,  
PERAK DARUL RIDZUAN.                                                         25 APRIL 2012  
 
Saudara/Saudari,  
 
Pertandingan Bola Sepak Tujuh Sebelah  
 
Berhubung perkara di atas, JKK Kampung Permatang Gelugur akan mengajurkan pertandingan bola sepak sempena Hari Keluarga.  
 
2.     Pertandingan ini bertujuan untuk mempereratkan hubungan antara kampung-kampung daerah ini. Selain itu, diharapkan ia dapat menimbulkan semangat kesukanan di kalangan para peserta.  
 
3.     Butir-butir pertandingan ini adalah seperti berikut:  
 
        Tarikh: 30 Mei 2012  
        Masa: 8.00 pagi hingga 6.30 petang  
        Tempat: Padang sekolah,  
                        Sekolah Kebangsaan Permatang Gelugur,  
                        34200 Taiping,  
                        Perak Darul Ridzuan.  
 
4.     Bersama-sama ini dilampirkan borang dan syarat-syarat pertandingan untuk makluman saudara/saudari.  
 
5.     Sebarang pertanyaan, sila hubungi saudara Jembalang bin    Hantu di talian 012-345-6789 atau berhubung terus kepada JKK Kampung Permatang Gelugur untuk mendapatkan keterangan lanjut. Tarikh tutup penyertaan ialah 20 Mei 2012.  
 
6.     Penyertaan pasukan saudara/saudari amat dialu-alukan.  
 
Sekian, terima kasih.  
 
Yang menjalankan tugas,  
_______________________  
(WAYNE ROONEY)  
Setiausaha,  
Jawatankuasa Kemajuan Kampung,  
Kampung Permatang Gelugur.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name