Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Ciri-ciri Pelajar Cemerlang, by Zailani bin Abdul Kadir
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka Zailani bin Abdul Kadir
Title:Ciri-ciri Pelajar Cemerlang
2012-03-23 19:01
    Belakangan ini, isu pelajar cemerlang semakin hebat diperdebatkan oleh masyarakat kita dalam media massa di seluruh pelusuk negara. Sehubungan dengan itu, para pelajar mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh agar menjadi seorang yang cemerlang. Persoalannya, apakah ciri-ciri seorang pelajar cemerlang yang perlu dihayati oleh para pelajar di negara ini?  
 
    Pada pandangan saya, antara ciri pelajar cemerlang ialah menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, para pelajar akan mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh guru- guru semasa belajar di dalam kelas tanpa sebarang gangguan.Sebagai contoh, kejayaan Nik Nur Madihah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kerana selalu memberi tumpuan semasa belajar di bilik darjah. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih sangat sesuai diamalkan oleh para pelajar supaya sentiasa memberi tumpuan semasa belajar di sekolah. Tegasnya, apabila para pelajar menumpukan perhatian kepada pengajaran guru setiap hari sudah pasti mereka akan mudah menguasai ilmu untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.  
 
    Selain itu, membuat ulang kaji dan menyiapkan latihan di rumah juga merupakah salah satu ciri penting seorang pelajar cemerlang. Saya berpandangan demikian kerana, langkah ini akan meningkatkan lagi penguasaan para pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Tamsilnya, setiap pelajar perlu memperuntukan selama tiga jam sehari untuk mengulang kaji di rumah seperti yang pernah disarankan oleh Dr. Fadilah Kamsah seorang pakar motivasi pelajar. Orang-orang tua ada berpesan, belakang parang kalau diasah lagikan tajam perlu diamalkan oleh para pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Jelaslah, mengulang kaji pelajaran di rumah wajib dilakukan oleh para pelajar untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran.  
 
Di samping itu, ciri lain sebagai seorang pelajar cemerlang ialah rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan buku rujukan. Dalam konteks ini, para pelajar akan menjadi lebih matang semasa berhujah dengan menjana pelbagai idea yang menepati perkembangan dunia sains dan teknologi. Misalnya, Amalina pelajar cemerlang SPM telah menjadikan kamus dan majalah Siswa sebagai bahan bacaan wajib baginya untuk peperiksaan.Oleh itu, budaya membaca tidak boleh dipisahkan daripada para pelajar yang bercita-cita untuk menggapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka.  
 
Tuntasnya, terdapat banyak ciri untuk menjadi seorang pelajar cemerlang dalam pelajaran yang perlu dimiliki oleh generasi muda kini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk melahirkan seramai yang mungkin pelajar cemerlang untuk membangunkan negara kita pada masa akan datang. Dengan ini, hasrat Pedana Menteri untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berwibawa akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.
 

Munirah hanif, (2018-01-11 02:50)
Amat berguna lah karangan ni  

 
Munirah hanif, (2018-01-11 02:50)
Amat berguna lah karangan ni  

 
Dahlia, (2017-02-25 01:19)
Nice punya karangan... 25/25 sya bagi. Karangan nih panjang cam karangan SPM laa plak dah. Hahaax... Sya sokong. Tulislaa banyak karangan yg berformat lagi ye...
 
Harighanesh , (2017-02-06 14:25)
Karangan yang terbaik 👍👍
 
m n aiman akmal bin m sattu, (2017-02-02 13:38)
terbaiklah karangan upsr ni
 
hafizi, (2017-02-02 13:19)
hebat juga orang mem buat karangan ini.
 
, (2017-02-01 16:19)
kari ayam
 
Mimie, (2017-01-05 00:47)
Baguslh klau ad karangan camni..x payah pikir.. Search google pn senang.. 😃😃
 
logen, (2016-09-26 18:44)
Wonder full.so nice  
 
 

 
Abc, (2016-08-11 20:35)
Bagus karangan ini saya sangat suka!Pandai,pandai!!!Tulislah banyak lagi karangan yang lain...😁😁😁😍  
 

 
taiko, (2016-07-26 21:47)
bdo punya cik gu  

 
tinesh, (2016-02-15 21:31)
best
 
peah, (2016-01-31 01:21)
pndai juge awak buat niuiiiiiii hiiiiiiiiiiii  

 
Hana, (2016-01-29 03:41)
Good easy
 
, (2015-11-22 21:12)
Huh..lenguh bai salin karangan niyy..adoii yaiiii..penat gile nk sewell.  
Byee..
 
, (2015-11-22 21:12)
Huh..lenguh bai salin karangan niyy..adoii yaiiii..penat gile nk sewell.  
Byee..
 
archana, (2015-10-14 23:45)
super karangan:)
 
idrk, (2015-04-26 18:53)
good but wtf why can't I copy
 
NUR HAZIRAH CHUMELL, (2015-03-31 23:50)
BESTLHH  

 
mr kacang panjang, (2015-03-18 22:03)
Good luck  
 
 
 
 
 
(Best)
 
mr kacang, (2015-03-18 21:44)
Assalammualaikum  
 
 
 

 
SAFIRA KHAIRINA BINTI SATURA, (2015-03-09 23:25)
Saya rasa karangan ini sangat menarik minat saya untuk belajar saya rasa saya akan dapat 5 A dalam UPSR nanti amin.....Safira Khairina Binti Satura
 
, (2015-03-09 01:09)
gr5t
 
akid, (2015-02-15 16:19)
best
 
akid, (2015-02-15 16:19)
best
 
akid, (2015-02-15 16:19)
best
 
nur azreen, (2015-02-07 18:22)
this is really perfect!!!
 
Afiq, (2015-02-06 20:47)
Hebat
 
akilah, (2015-02-04 20:15)
good
 
helizahelmi, (2015-01-21 18:28)
wah,hebat sungguh adik ini mengarang karangan.  
 

 
niroshini (belajar di smk kempas), (2015-01-18 23:09)
Karangan INI bagi saya banyak idea yg bagus Dan senang utk baca....  

 
ssssss, (2014-04-30 14:48)
wow
 
lamina sasha, (2014-03-08 21:56)
minta maaf saya hendak cari karangan 6 perenggan
 
, (2014-03-03 17:17)
tahukah anda ciri ciri pelajar cemerlang  

 
Nurul Aisyah binti Mohamad Sabuddin., (2014-02-02 20:16)
Karangan ini telah memberi saya pelbagai pengajaran dan nilai murni....I hope I can change to be that pupils....TERIMA KASIH... <3
 
nurul saniah, (2014-01-11 21:28)
sikit nyer isi  

 
Ayla Musfirah :), (2013-08-16 01:22)
-Memberi idea saya untuk membuat karangan bm . Trima kasih :)
 
Submit a comment:

Name