Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: Kesan Penerokaan Hutan Terhadap Alam Sekitar, by Nur Aliah Syafiqah
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Nur Aliah Syafiqah
Title:Kesan Penerokaan Hutan Terhadap Alam Sekitar
2012-03-14 15:15
         Alam sekitarmerupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai.Ianya amat penting kepada kehidupan di bumi.Aktiviti penerokaan hutan pada masa sekarang telah mendatangkan kesan yang buruk kepada bumi.  
         Antara kesan penerokaan hutan adalah,peningkatan suhu bumi.Bumi akan menjadi panas akibat hutan-hutan diteroka.Jika hutan-hutan telah terancam,manusia akan kekurangan oksigen dan gas karbon dioksida akan bertambah.  
         Selain itu,hutan juga merupakan kawasan tadahan hujan.Jika hutan diteroka,kawasan tadahan hujan akan tercemar dan kotor.Kehidupan di bumi akan kekurangan air untuk terus hidup.  
         Di samping itu,penerokaan hutan secara berleluasa akan menyebabkan hakisan tanah dan tanah runtuh.Ini akan menyebabkan keselamatan penduduk akan diancam bahaya.  
         Selain itu juga,flora dan fauna akan menjadi pupus dan manusia kekurangan sumber makanan kerana sumber makanan menjadi terhad malah manusia akan kelaparan.  
         Kesimpulannya,pemuliharaan rancangan terhadap hutan amat baik,Penerokaan hutan secara terkawal mampu mengekalkan    keseimbangan alam sekitar.Kehidupan akan lebih sejahtera jika alam dijaga dengan baik.    
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name