Welcome!

Contoh Karangan UPSR: keistimewaan buah buahan tempatan, by Zam Badaruddin
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah Zam Badaruddin
Title:keistimewaan buah buahan tempatan
2012-03-09 18:16
                    Buah-buahan tempatan semakin mendapat pasaran antara bangsa dan permintaan ramai. Persoalannya kini, apakah yang menyebabkan keadaan sedemikian berlaku? Berikut terdapat beberapa keistimewaan buah-buahan tempatan.  
                    Antara kelebihan buah-buahan tempatan termasuklah rasanya yang sedap dan mempunyai banyak khasiat. Keenakannya memang tidak dapat dinafikan malah telah diakui oleh pelancong luar negara yang pernah cuba merasainya. Dalam pada itu, buah-buahan tempatan turut mengandungi khasiat seperti vitamin C yang penting    untuk tubuh badan. Sesungguhnya keistimewaan buah-buahan tempatan sememangnya setanding dengan buah-buahan import.  
                    Selain itu, buah-buahan tempatan mudah diperoleh sepanjang tahun berbanding dengan buah-buahan import. Buah-buahan seperti betik, pisang, dan nanas yang sentiasa ada tanpa mengikut musim. Manakala buah-buahan tempatan yang dapat diperileh mengikut musim seperti durian, rambutan, langsat, dan manggis. Malah harga buah-buahan tempatan sangat murah dan dapat dinikmati oleh semua.  
                     Di samping itu, pelbagai jenis makanan boleh dihasilkan daripada buah-buahan tempatan , antaranya ialah penghasilan produk makanan dan minimann. Jus mangga, aiskrim perasa mangga, dodol , dan sebagainya dapat dihasilkan daripada buah-buahan tempatan. Malah industri kecil tempatan dan sederhana (IKS) dapat mengusahakan tanah bagi tujuan pertanian.  
                     Ringkasnya, buah-buahan tempatan mempunyai banyak kelebihan malah setanding dengan buah-buahan import. Oleh itu, sokonglah buah-buahan tempatan.
 

Kiran , (2018-04-15 21:17)
It is best .  
I like it  

 
Chilea, (2018-03-21 17:11)
Terima kasih
 
Chilea, (2018-03-21 17:11)
Terima kasih
 
Chilea, (2018-03-21 17:09)
Terima kasih
 
horse, (2017-03-10 20:43)
boleh....tapi saya tak suka
 
bird, (2016-11-03 13:30)
yes.bolehleeee..... tu pun boleh pendek sikit.....
 
lady, (2016-11-03 13:28)
bolehla....tapi aku tk suka la
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name